Makanan Tradisional Orang Bajau (Semporna)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

putu Makanan Tradisional Orang Bajau (Semporna)

Pada kali ini masih lagi bercerita mengenai Semporna. Sebetulnya hampir dua minggu saya berada di Semporna bulan ini. Ada tugasan kerja yang harus disiapkan. Dalam kesibukan kerja, sempat juga ambil kesempatan untuk mencuba beberapa makanan tradisional orang Bajau di Semporna. Saya paling suka Sagol Ikan Buntal. Pada mata kasar, ia amat berbahaya jika dimakan kerana racunnya. Namun kepakaran tukang masak memasak resipi Sagol Buntal ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Pada kebiasaannya, ikan buntal jenis berduri yang digunakan untuk membuat masakan sagol ini.Restoran yang paling biasa dikunjungi semasa berada di Semporna adalah Restoran Kampungku.

Antara makanan tradisional  orang Bajau yang perlu anda tahu adalah;

Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe’ dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta’) setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol/Senagol

Sagol/Senagol bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Senagol juga mempunyai makna  ‘benda yang dicampuradukkan’. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan ‘langnges’ iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau ‘iting’ iaitu ‘duri’ pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

Ada dua jenis masakan sagol/senagol iaitu sagol/senagol kering (tiada kuah) dan sagol/senagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Putu

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Tayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)

Tompe’/Tinompeh

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta’an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti ‘ballog-ballog’, ‘bantunan’, tehe’-tehe’, tayum, kilau, balat atau timun laut, lato’, kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bajau
Kredit Gambar: http://cermin-maya.blogspot.com

pixel Makanan Tradisional Orang Bajau (Semporna)

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Makanan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Makanan Tradisional Orang Bajau (Semporna)

  1. anjangman says:

    Ikan buntal ini kalau dibuat masin dan dimakan cicah dengan cuka campur cili padi mmg sedap. Kat Sarawak pengeluar utama ikan buntal adalah di daerah Spaoh. Ada pesta buntal setiap tahun.

  2. awi says:

    ikan buntal ada 2 jenis…berduri dengan tidak berduri…yang berduri xda racun…buntal xda duri tu yang beracun tapi boleh hilangkan dan selamat d makan…buntal di sagol paling mantap la….

  3. Pingback: Latok Merupakan Makanan Tradisi Orang Bajau Semporna | my.Mustaffa

  4. wandisini says:

    baru aku tahu ikan pari, ikan yu dan ikan buntal ada hati yang besar. aku tak pernah nampak hati ikan, macam mana eh. telur ikan biasalah nampak. dia orang ni tak ada buat keropok lekor ke?

  5. amirulfaiz says:

    Wow, menarik, tapi agak takut nak cuba yang ikan buntal tu.

  6. nizamghazi says:

    Salam MUS (:
    Sy mungkin tak akan makan ikan buntal tu.
    rasa macam tak boleh nak telan. (mungkin tengok duri dia kot)
    Kalau sy dapat jodoh orang bajau mungkin akan cuba ;P

  7. akubiomed says:

    Teringat masa memancing dengan bapa saya selalaunya ikan buntal ini kacau ketika memancing dengan memakan umpan di mata kail.

  8. tehr says:

    rupanya ada juga putu kat sabah
    kat kelantan ni ada intinya, mus
    inti gula melaka

  9. titan says:

    dah lama tak dengar lauk-lauk nih..hehe..

  10. maza says:

    alamak!!! Ikan buntal.. salah makan, salah siang, akan membawa ke jalan ke rahmatullah..

    uhuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya