
Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.
Kali ini saya nak memperkenalkan kategori baru dalam blog ini iaitu kategori Makanan. Kalau kita menyentuh dalam bab-bab makanan ini, Sabah secara terang-terangan akan dicop sebagai syurga makanan laut. Udang, ikan, ketam dan sebagainya boleh di dapati dengan mudah di sini. Resipi yang pelbagai sudah pasti menambat citarasa anda yang sedang mengidamkan makanan laut.
Adakah Makanan Laut Di Sabah Murah?
Ya, itulah yang menjadi buruan para pelancong yang datang ke mari. Tempat-tempat yang menarik juga memainkan peranan menarik pelancong untuk terus berkunjung menikmati juadah makanan laut. Bagi yang pandai memilih tempat makan yang menarik dan murah, anda beruntung kerana ia pasti menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda. Ada juga restoran-restoran yang menawarkan makanan yang sama dengan kos yang lebih mahal dan eksklusif, ia terpulang kepada pilihan anda. Tepuk dada tanya selera.
Kepelbagaian kaum di Sabah juga secara tidak langsung mendatangkan pelbagai resipi-resipi tradisional yang unik dan menarik untuk dicuba. Kemungkinan ada resipi yang anda tahu dan ada juga yang mungkin pertama kali anda mendengarnya.
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.
Terdapat pelbagai variasi resipi untuk membuat hinava. Ada yang dimakan terus secara mentah (hirisan ikan) dan ada juga yang hirisan daging ikan dicelur ke dalam air panas seketika. Itu semua bergantung kepada citarasa sendiri.
Untuk mendapatkan hinava tidaklah sukar kerana pada masa kini banyak tempat makan menyediakannya dengan harga yang berpatutan.
Bagi yang masih was-was mengenai Hukum Makan Daging Ikan Mentah, bolehlah merujuk ke sini.
Resipi Hinava
Bahan-bahan
- Ikan Tenggiri ( Sederhana)
- 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
- 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
- Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
Cara-cara
- Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
- Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
- Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
- Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinava | Gambar: Google Image
Pingback: Resipi Obor-Obor Masin Pilihan Berbuka Puasa | my.Mustaffa
pernah mkn menu ni bro,rakan guru dr sarawak bawakan.. | klu org yg cepat loya payah juga mkn ni walaupun bau hanyir ikan tu dah hilang..
Shack@AnjungMaya dan entrinya..Mabuk ‘Tanduay’ Pelajar Dirogol Rakan Sendiri
betul tu..
menyelerakan

nuriz dan entrinya..Mayat Gaddafi dikebumikan di Gurun Sahara
ya.. sedap ni
kalau ke Sabah, nak cari makanan ni.
Makbegitu saja ?
Denaihati dan entrinya..Jadual Peperiksaan SPM 2011
makan bersama nasi pun boleh
Mustaffa Yasin dan entrinya..Misi Menawan Bukit Tengkorak, Semporna Telah Berjaya!
bertahun-tahun kawe dok sini, tak aku tahu atau rasa makanan ni bro.. Hebat lah hang bro

Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Undang-Undang Kontrak | Doctrine Of Privity Of Contract
bagi yang suka makan ikan.. tak jadi masalah makan hinava ni..
bagi aku ia lebih kurang rasa macam umai di Sarawak
Mustaffa Yasin dan entrinya..Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ Malaysia
fuhh, lama gila tak makan yang nih..
ohcikgu dan entrinya..Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri Sembilan
kalau nak makan, buat sendiri pun boleh..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Habiskan Cuti Hujung Tahun Dan Terbang Bersama AirAsia
Terus rasa lapar bila baca entri ni…
Saya tidak makan ikan hanya mampu melihat sahaja

akubiomed dan entrinya..Pelumba MotoGP Marco Simoncelli meninggal dunia
banyak lagi pilihan makanan kalau ke Sabah..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Misi Menawan Bukit Tengkorak, Semporna Telah Berjaya!
Baru tau di Sabah ada versi sushi mereka sendiri rupa-rupanya
Mungkin boleh dikomersialkan menu ini

anif dan entrinya..Ice Cream Sandwich Yang Sedap!
menu sebegini ada di Sabah dan Sarawak
Mustaffa Yasin dan entrinya..Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ Malaysia