Macam Mana Nak Kenal Jantina Ketam?

Argghh.. Alhamdulillah..

Aku puas hati dengan ketam yang aku masak tengah hari tadi. Aku pun tak tahu apa nama resipi ketam tu. Aku main hentam jer. Tapi sedap juga.

Ketam ni aku beli semasa ke Tamu di Pekan Tuaran pagi tadi. RM15 untuk 7 ekor. Berbaloi rasanya. Ada jantan dan ada betina.

Meriahya di tamu tadi. Rugi aku tak bawa kamera untuk ambil gambar di sana. Minggu depan pasti aku ke sana lagi.

Mari kita berkenalan dengan ketam..

Ketam ini dikenali sebagai ketam bakau. Kalau kat kampung aku di Sarawak ia dikenali dengan nama ‘ketam kalok’. Kalau ketam dari laut yang ada warna biru tu, dikenali dengan nama ‘ketam suri’. Tak pastilah aku nama rasmi ketam ni untuk Perbendaharaan Bahasa Melayu.

Kali ini aku nak berkongsi cara untuk mengenali jantina ketam. Mana jantan dan mana betina. Jantinanya dibezakan dengan bentuk… ermm insang kot nama benda tu. Jom kita tengok gambar.. insang ke tu?

dan ketam betina dikatakan suka membuat buih dan sedapnya akan ada telur.. betul ke tak fakta ni?

dan akhir sekali.. ni gambar antara ketam yang tertewas di kuali..

Resipi mudah. Resipi ‘Orang Bujang’.. Resipi ketam rebus berserai jer. Bahan-bahan pun main campak jer.

Meliurlah isteri aku melihat aku makan ketam ni.. Maklumlah orang tengah berpantang.

Sorry ye Sayang..

p/s: kena berhati-hati dengan sepit ketam.. kalau tersepit meleleh air mata..

Carian Yang Berkaitan:

27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge