Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

LOKAN BAKAR DAN SAMBAL PEDAS – Mungkin ada yang tak pernah makan lokan dan saya pasti masih ramai yang keliru untuk membezakan lokan, kerang, kepah dan sebagainya.  Namun anda akan kenal bentuk lokan dan mesti cuba memakannya sendiri bila berkunjung ke Sabah, khususnya di gerai tepi jalan Jalan Salut berhampiran bulatan Kg. Rugading-Telipok. Gerai-gerai di sini memang terkenal dengan hidangan lokan bakar dan kelapa bakar. Namun, kali ini saya memilih kelapa muda dan lokan bakar sahaja.

Sebelum ini saya pernah menulis entri mengenainya namun belum pernah mencubanya sendiri.  Semalam, saya mencubanya sendiri kebetulan ke gerai di sana untuk mencari kelapa muda bagi mengurangkan panas badan anak-anak yang sedang demam.

Lokan ini dicuci bersih dan dibakar/dipanggang bersama  beberapa ramuan lain termasuk halia. Ianya tidak hanyir. Pada awalnya saya agak takut hendak mencuba. Tetapi bila melihat  isi lokan yang sangat sedap itu dicicah dengan sambalnya yang pedas, memang rasa tak cukup set besar lokan bakar RM12.00 tersebut. Rasa nak tambah satu set lagi.

Bagi saya lokan bakar ini memang sesuai dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Bagi yang tidak tahan dengan kepedasan sambal lokan bakar ini, air kelapa yang manis ada juga dijual. Banyak khasiat air kelapa selain menghilangkan dahaga.

Terdapat beberapa menu lain yang pasti dapat memenuhi citarasa anda.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 9.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Memang Sedap, Kepedasan Lokan Bakar Dan Kemanisan Air Kelapa Muda, 9.0 out of 10 based on 1 rating