(Video) Cara Simpan Pakaian Banyak Dalam Beg Kecil

GUNA RUANG DENGAN MAKSIMA – Bagi sesiapa yang suka ‘travel’, beg yang besar pasti mengganggu pergerakkan.  Lebih-lebih lagi jika terpaksa mendaki, menuruni bukit/tempat tinggi. Selain itu, beg yang bersaiz besar sudah pasti akan menggunakan lebih banyak ruangan meletak barang terutama bagi yang ‘travel’ menggunakan kenderaan kecil.

Perjalanan dengan membawa dua atau lebih beg lagi menyusahkan kerana kita  tidak sentiasa dapat menjaga beg terutama ketika berada di tempat awam yang sesak. Perjalanan yang jauh dan sering bertukar kenderaan boleh mengundang kepada kehilangan beg.

Pengunaan ruangan yang ada di dalam beg perlulah dimaksimumkan.  Boleh rujuk video di atas untuk belajar. Tetapi kena ingat, berat beg kenalah diambil kira juga. Kenalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Jangan main sumbat saja, tapi tak mampu nak angkat pula.

Biarlah berpada-pada dan kita selesa semasa ‘travel’. Jika terlebih berat dan saiz terutamanya yang menggunakan pengangkutan udara, sudah pasti cas tambahan akan dikenakan.

Rancang perjalanan anda sebelum ia menyusahkan anda.

Info Saiz Bagasi AirAsia (Supersize)

  • Supersize Biasa (15 kg)
  • Supersize Sederhana (20 kg)
  • Supersize Besar (25 kg)
  • Supersize Lebih Besar (30 kg)

Rujukan: http://www.airasia.com/my/ms/flightinfo/supersizesave.page

Carian Yang Berkaitan:

19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam