The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Buat ‘Light Trail’ Di Pesta Ria, Mencuba Sampai Berjaya.

Light Trail - Slow Shutter at KK Fun Fair by Mustaffa Yasin - Abstract Light Painting Stock Photos on Pixoto

LIGHT TRAIL MACAM PELANGI – Saya kongsikan light trail yang saya buat semasa berasa di ‘fun fair’ semalam. Banyak juga cubaan yang kurang menjadi dan akhirnya saya mendapat apa yang saya mahukan.

Inilah Kali Pertama Membuat Light Trail Di Fun Fair

Lima hari belajar light trail secara teori melalui Youtube dan dari bacaan beberapa buah ebook fotografi, hujung minggulah masa membuat praktikal. Masih cetek lagi ilmu fotografi saya. Banyak lagi kena belajar. Namun begitu, saya memberanikan diri menawarkan perkhidmatan ‘outdoor photography’ di kalangan kawan-kawan sahaja. Memang saya ada bercita-cita hendak lebih serius memberi perkhidmatan dalam bidang ini, biarlah saya bermula dengan mengambil job yang kecil-kecil dahulu. Kalau nak ambil job majlis yang ‘grand’ kena menuntut ilmu dulu dengan  CMRatu fotografi.

Agak penat pada hujung minggu ini. Saya ‘outing’ bersama anak-anak di Pantai Tanjung Aru lagi. Minggu lepas melayan air pancut berirama, manakala minggu ini bermain di pantai pula. Nanti saya kongsikan kisah dan gambar yang saya ambil semasa di sana.

Baru saya perasan, fotografi ini bukan sekadar hobi sahaja, memang boleh menambah pendapatan sampingan dan yang paling penting, saya telah kurang 6kg berat badan sejak kembali aktif dalam fotografi dua bulan lepas. Mana taknya, berjemur, berlari, berpeluh masa mengambil gambar memang memberi kesan pada badan saya. Terbakar juga lemak tepu yang selama ini tersimpan sahaja di badan.

Tips Merakam Light Trail oleh http://noorizamsabran.com

  1. Gunakan shutter speed yang perlahan. – OK
  2. Gunakan tripod untuk gambar yang lebih jelas dan tajam. – OK
  3. Gunakan ISO yang rendah untuk menggurangkan noise. – OK
  4. Gunakan timer pada kamera atau remote. – OK
  5. Pilih lokasi yang menarik dan ada sumber cahaya seperti dari lampu kenderaan. – OK
  6. Penggunaan hood untuk lensa akan membantu menggurangkan ‘lens flare’ -KO (saya failed)
  7. Pilih masa yang sesuai (timing, biasanya malam). – OK
  8. Framekan subjek dengan baik. – OK

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam