The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sukanya Anak-Anak Main Layang-Layang ‘Angry Birds’

BURUNG MARAH YANG TERBANG – Seronok melihat gelagat anak-anak bermain layang-layang  ‘Angry Birds’ di tepi pantai Taman Awam Teluk Likas hujung minggu lepas. Sebenarnya, dah lama mereka mahukan layang-layang ni. Cuma saya sahaja yang tidak mahu membeli.

Bukan apa, anak-anak ni kalau dah bermain layang-layang, pasti tidak akan mahu berhenti. Mereka bermain layang-layang sambil berlari. Teringat zaman saya ketika masih kecil dulu. Mana ada layang-layang begini, semua ‘home-made’ dari beg plastik terpakai. Memang kreatif juga ketika itu. Jika mahu membuat sendiri layang-layang, faktor berat, keseimbangan, kekuatan bahan dan tali kena diambil kira.

Permainan layang-layang tradisonal jauh berbeza dengan layang-layang moden.

Tambahan pula, cuaca agak panas ketika kami berada di sana. Selesai bermain layang-layang, kena pula cuci kaki tangan di tandas kerana berpasir.

Layang-layang saiz kecil seperti di dalam gambar di atas berharga RM10.00 sahaja termasuk talinya.

Video Bermain Layang-Layang

p/s: video di atas saya cuba guna converter 3D Youtube. Namun macam tak menjadi pula..

Carian Yang Berkaitan:

23 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam