The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Langkah Mudah Tambah Simpanan Tabung Haji Melalui Maybank2u

Artikel ini adalah kesinambungan artikel sebelum ini iaitu Daftar Haji.

Bagi menambah simpanan akaun Tabung Haji pula, saya memilih Maybank2u. Namun, sebelum menggunakan Tabung Haji di Maybank2u, anda kena link’kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank anda.

Caranya mudah sahaja. Cuma perlu sediakan;

  • Nombor Akaun Tabung Haji
  • Nombor Siri Buku Simpanan Tabung Haji

Langkahnya pula seperti berikut;

  1. Masukkan kad Maybank ATM
  2. Pilih “Tabung Haji”
  3. Pilih ” Register Tabung Haji account to ATM card”
  4. Masukkan akaun nombor Tabung Haji
  5. Pilih “Yes” untuk ke skrin seterusnya
  6. Masukan nombor siri buku rekod Tabung Haji
  7. Pilih “Yes” untuk ke skrin seterusnya
  8. Sistem akan memproses request anda dan resit akan dikeluarkan
  9. Selesai

Selepas proses ‘link’ Akaun Tabung Haji dan Kad ATM Maybank anda berjaya, bolehlah terus menggunakan menu Tabung Haji di Maybank2u secara online.

Tabung Haji Di Maybank2u

Menu Tabung Haji di bahagian ‘Transfers’ Maybank2u

 Maybank Ke Tabung Haji

Transaksi pemindahan duit yang boleh dibuat melalui Tabung Haji di Maybank2u;

  • Pindahkan antara akaun Tabung Haji diri sendiri
  • Tabung Haji diri sendiri ke Maybank sendiri
  • Maybank ke akaun Tabung Haji diri sendiri
  • Tabung Haji diri sendiri ke Tabung Haji orang lain
  • Tabung Haji diri sendiri ke Maybank orang lain
  • Pindahkan dari Maybank sendiri  ke Tabung Haji orang lain

Selain itu, kita boleh membuat semakan baki secara ‘real-time’ dan Daftar Haji.

Maybank Ke Tabung Haji 2

Saya memilih untuk pindahkan dari Maybank ke Akaun Tabung Haji saya sendiri

Maybank Ke Tabung Haji 3

TAC – kod keselamatan semasa proses pemindahan simpanan.

Klik ‘Confirm’ dan selesai.

Insyaallah, kalau simpanan dah cukup, boleh terus Daftar Haji. Bagi yang mampu, bayi didaftarkan selepas kelahiran.

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam