The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Laksa Sarawak Ambal Di Zan’s Sarawak Laksa

Zan's Sarawak Laksa

Bila kita bercerita mengenai makanan tempatan yang popular di Sarawak sudah pasti Laksa Sarawak yang pertama anda bayangkan selain Mee Kolok.

Laksa Sarawak antara pilihan utama saya jika balik kampung. Ada beberapa lokasi kedai makan laksa Sarawak yang menjadi bualan ramai di sekitar Bandaraya Kuching. Masing-masing ada kelebihannya.

Kali ini saya ingin berkongsi tempat makan laksa sedap yang diberi nama Zan’s Sarawak Laksa di Warung Nusantara, Icom Square, Jalan Pending.

Zan's Sarawak Laksa (3)

Istimewa Zan’s Sarawak Laksa adalah menu Laksa Sarawak agak unik kerana menggunakan ambal/siput buluh. Ambal adalah panggilan bahasa tempatan dan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘bamboo clam’.

Pendapat peribadi saya, rasa Laksa Sarawak Ambal memang terbaik dan wajib anda cuba sendiri jika berkunjung ke Kuching. Semangkuk tidak cukup rasanya.

Laksa Sarawak Ambal

Harga makanan di  Zan’s Sarawak Laksa adalah berbaloi dengan rasanya yang sedap. Jika anda tidak pandai makan ambal, boleh cuba udang.

Harga Laksa Sarawak Di Zan's Sarawak Laksa

Oh ya, bagi yang pernah berkunjung ke Zan’s Sarawak Laksa sebelum ini, mereka beroperasi di Bimmer Matang dan baru berpindah ke Icom Square, Jalan Pending beberapa bulan lepas.

Nang Nyaman.. You.. You..!!

p/s: saya pernah pergi ke laut ketika air surut menangkap ambal. Nak dapatkan 1kg bukan main susah. Bagi yang sudah mahir tiada masalah untuk mengenali kedudukan ambal.

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam