Ladang Teh Sabah

308431 183887451690660 180839285328810 414684 44150660 n Ladang Teh Sabah

Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid – Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia. Ia juga bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti.

Sejarah Pembukaan Ladang teh Sabah

Pada tahun 1976, Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan 6,200 ekar tanah, kg Nalapak kepada Koperasi Pembangunan Desa (KPD). Kemudian, pada 26 april 1978, ladang teh ini telah diperbadankan kepada Syarikat Sabah Tea Sdn Bhd dengan subsidi KPD bagi mengurus dan operasi peladangan teh ini.Perasmian Ladang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada bulan 19 februari 1984.

Manakala pada tahun 1987, pengurusan Sabah Tea telah bersatu bersama dengan syarikat Tate & Lyle’s dan Commonwealth Development Corporation yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Penyatuan Syarikat Tate & Lyle’s ini dapat menyumbangkan kepada kerajaan dalam industri peladangan teh sebagai langkah daya saing dengan peladangan teh yang lain.

Namun begitu, pada tahun 1997, Yee Lee Corporation Bhd telah mengambil keseluruhan syer daripada Sabah Tea Sdn Bhd dan Desa Tea Sdn Bhd iaitu merupakan syarikat yang mempunyai besar merangkumi pengilangan, pengeksportan serta penjualan produk diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Pengredan teh

  • Broken Orange Pekoe (BOP): – Gred teh yang rendah dengan kecirian likuor yang baik.
  • Broken Orange Pekoe Fannings (BOPF): – Gred teh yang lebih halus dengan kecirian likuor yang tinggi.
  • Fannings (Fangs): – Mengandungi serbuk halus dengan likour yang tinggi, kebiasaannya dalam bentuk uncang.
  • Dust (D) – Merupakan gred yang terendah dengan kelikourannya, agak kasar serta kuat jika dibandingkan dengan BOPF. Dibahagi kepada ‘Dust 1′ ,’Dust 2′, dan seterusnya mengikut kehalusan saiz teh.

Produk teh

1. SABAH TEA
Merupakan sejenis teh yang segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah yang subur gunung Kinabalu dan bebas dari penggunaan pestisid dan pewarna tiruan.
* Teh ini mendapat pengiktirafan oleh SIRIM.
* Menjadi pilihan rakyat tempatan.

2. SASSI-BRIX ORGANIC TEA
* Teh yang unik dengan berperisa organik teh hitam yang segar, tulen dan semula jadi.
* Disahkan oleh SKAL International, Netherland.

3. BORNEO ORGANIC RAINFOREST TEA

Gambar Sekitar Ladang Teh

316011 183887735023965 180839285328810 414690 534928770 n Ladang Teh Sabah

300437 183887645023974 180839285328810 414688 1224693962 n Ladang Teh Sabah

320630 183887788357293 180839285328810 414691 705635790 n Ladang Teh Sabah

302399 183887888357283 180839285328810 414693 36917757 n Ladang Teh Sabah

 Pemandangan Seterusnya Klik Di Sini

pixel Ladang Teh Sabah

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

27 Responses to Ladang Teh Sabah

  1. shaharil says:

    Teh sabah ni antara teh yang sedap bila diminum.
    shaharil dan entrinya..Kelantan Kecewa, Terengganu LayakMy Profile

  2. Pingback: Sassi-Brix Organic Tea Untuk Raja Komen | my.Mustaffa

  3. Pingback: Memori Tahanan Perang Di Quailey’s Hill, Ranau | my.Mustaffa

  4. Pingback: Desa Cattle Farm Umpama ‘New Zealand’ Malaysia | my.Mustaffa

  5. tehr says:

    aku pernah gi cameron je
    teh sabah belum pernah cuba lagi
    tehr dan entrinya..Apabila Tuhan Memberi HiburMy Profile

  6. Fakarepain says:

    X pernah minum pon teh sabah ni..
    Fakarepain dan entrinya..IKAN INI MATI KERANA TERLALU TAMAKMy Profile

  7. yas says:

    Kalau kat Cameron tu dh banyak perisa yg derang buat bro…strawberry,anggur,lemon….err kat sini, derang tanam teh kat atas bukit ke?
    yas dan entrinya..Wordless Wednesday – Ipad,Iphone,Ipod…I PAID.My Profile

  8. Denaihati says:

    sabah tea biasa minum, ladangnye belum pernah sampai lagi.
    Denaihati dan entrinya..15 Cara Meningkatkan Trafik BlogMy Profile

  9. hoho, yang aku penah pegi kat cameron jer haha, kalo kat sabah tak penah lagi.. pendek kate selama idop nie, kat semenanjung je aku penah jalan2..
    samanosuke_04 dan entrinya..Okeh, Kali Nie Serius Nak Buat Comeback!My Profile

  10. titan says:

    wahh..dah lama tak gi sini..
    titan dan entrinya..Penjual aiskrim yang kacak tetapi kejam.My Profile

  11. nuriz says:

    bestnye teringat iklan teh kat tv, segar je pokok2 teh
    nuriz dan entrinya..LHDN Kenalpasti Siapa Yang Layak Terima RM500My Profile

  12. akubiomed says:

    Setahu teh Sabah antara yang berkualiti

  13. anif says:

    Hijau.. saujana mata memandang! :D
    anif dan entrinya..Version 2.0 – Wordless Wednesday #14My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya