Ajar Anak Makan Buah Kurma

kurma upin dan ipin Ajar Anak Makan Buah Kurma

Assalammualaikum & Salam Sejahtera rakan blogger semua.

Sebelum ini aku pernah menerbitkan entri pasal buah kurma dan aku juga ada terbaca kisah Kurma Upin & Ipin ni di blog rilekslah. Tak sangka terjumpa juga buah kurma ni masa membeli juadah berbuka puasa di Pekan Tuaran. Harga yang ditawarkan adalah RM4.00. Ada juga tempat yang menjual dengan harga RM3.50. Aku malas nak berkira, aku pun suka design kotak bungkusan.. nampak comel.

Ternyata hebat aura Upin & Ipin, anak-anak makin suka makan buah kurma. Bila Kurma Upin & Ipin ni habis, aku sengaja membeli kurma biasa. Ternyata, minat anak-anak aku terhadap kurma tak berbelah bahagi. Tak sia-sia melabur RM4.00 untuk pek Kurma Upin & Ipin yang comel tu.

Selain buah kurma yang sedap, anak-anak aku suka dengan penanda buku yang boleh digunting dari kotak Kurma Upin & Ipin tu.

p/s: pantau masa anak makan buah kurma. bijinya bahaya jika tertelan.

 Lagi Gambar Kotak Kurma Upin & Ipin

Carian Yang Berkaitan:

30 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge