
Salam dari Sabah!
Hari ini ke Kota Marudu. Ada tugasan di sana. Menariknya ke destinasi yang ditujui melalui pinggiran Sungai Kanarom yang indah dan nyaman sekali. Di hulunya terletak Taman Kinabalu Stesen Sorinsim. Aku terpandang papan tanda berwarna merah penguatkuasaan sistem tagal.

Sungai Kanarom
Apakah Sistem Tagal?
Di negeri ini, sistem tagal diperkenalkan bagi memastikan aktiviti di sesebuah sungai dikawal dan sekali gus memberi peluang kepada hidupan di sungai berkenaan untuk membiak dan membesar.
Apa yang menarik, sistem yang diperkenalkan Jabatan Perikanan Sabah, akan menyaksikan penduduk kampung itu sendiri menguatkuasakan peraturannya.
Melalui sistem yang turut dikenali bombon itu, sesiapa sahaja termasuk nelayan tidak dibenarkan menangkap ikan selama setahun atau satu jangka masa lain di kawasan sungai yang ditetapkan oleh ketua kampung atau jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
Menerusi sistem tagal, sesebuah sungai akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Misalnya di kampung ini terdapat tiga bahagian sungai. Hanya bahagian satu sahaja yang tidak dibenarkan menangkap ikan.
Ikan yang biasa ditangkap adalah ikan kelah.
Ohh.. baru maza tau..
Tagal itu sejenis sistem rupanya.. hehehe
maza dan entrinya..Pantai Air Papan, Mersing
ya.. sistem yang menarik.
bila sampai masa menangkap ikan..
berguni-guni ikan tu bro..
Mustaffa Yasin dan entrinya..Semalam berkabung, hari ni jadi ahli forensik pulak..
mancing saja2 pun tak boleh erk…
tak boleh.. kena cari tempat yang tak ditagal kalau nak memancing..
oh, baru ku tahu maksud perkataan tagal tu..thanks bro
sama-sama