Jeti Kampung Kuala Abai, Kota Belud

Jeti Kuala Abai Jeti Kampung Kuala Abai, Kota Belud

Salah satu tempat yang menarik di Kota Belud selain Pantai Rang Bulan dan Kampung Buah Pandai adalah Kampung Kuala Abai. Perkampungan ini merupakan kampung nelayan yang popular dan terletak menghadap ke Laut Cina Selatan. Kampung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kota Belud dan 90 kilometer dari Kota Kinabalu. Kampung ini secara majoriti dihuni oleh kaum  Bajau Laut. Kampung Kuala Abai juga merupakan tempat tumpuan pelancong terutamnya untuk ke Pulau Mantanani kerana terdapat jeti untuk ke sana.

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani adalah sebuah tempat yang terkenal untuk memancing, snorkeling dan scuba diving.  Kepulauan Mantanani terbentuk dari kumpulan kecil dari tiga pulau yang berada di  pantai utara-barat negara bahagian Sabah, Malaysia. Pulau terbesar adalah Mantanani Besar, dua yang lain Mantanani Kecil dan Lungisan. Pulau ini  adalah tempat popular untuk menyelam. Ada tiga tempat  menyelam yang menarik terutamanya bekas kawasan kemalangan kapal perang dari Perang Dunia Kedua. Dugong juga pernah ditemui di sini.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Mantanani_Islands

Carian Yang Berkaitan:

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge