The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Krisis Parkir Kenderaan Di Sadong Jaya – Karamunsing, Sabah

image

Bagi pengguna sekitar Sadong Jaya dan Bangunan KWSP khususnya, masalah parkir kenderaan bukan isu baru.

Kepadatan tempat ini tidak seperti di dalam gambar pada hari biasa. Gambar di atas diambil petang tadi dan orang ramai masih lagi bercuti Tahun Baru Cina.


Saya tidak tahu lagi di mana seharusnya memakir kenderaan pada waktu pejabat. Dengan adanya banyak agensi dan jabatan kerajaan di Bangunan KWSP, secara logiknya jumlah kenderaan pelanggan juga banyak.

Lot parkir di perimeter Bangunan KWSP dan bahagian aras bawah bangunan ini tidak dapat menampung keperluan tersebut.

image

Tiada pilihan lain kepada pelawat yang perlu berurusan di bangunan ini untuk memakir kenderaan di bahu jalan seperti dalam gambar.

Jika parkir bahu jalan pun penuh, pemandu sudah pasti akan parkir di mana sahaja ada kawasan kosong. Jika nasib tidak baik, pasti akan mendapat kompaun/saman.

image

Saya berharap, masalah parkir ini dapat diselesaikan segera. Cadangan saya, jadikan bahu jalan sebagai kawasan parkir. Jika dibina lot-lot parkir dengan elok, tiada alasan pemandu untuk meletak kenderaan sesuka hati sehingga mengganggu lalu lintas.

Posted from Samsung S3

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam