The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Sertai Larian Mencabar 17KM Di Kokol Nature Challenge

Kokol Nature Challenge 2015

Casero Events yang terkenal dengan penganjuran aktiviti sukan lasak seperti Orang Kuat Sabah, Perlumbaan Drift, Ruhiang Adventure Challenge kini tampil dengan program terbaru mereka iaitu Kokol Nature Challenge. Acara ini bakal berlangsung pada 18 Oktober 2015 (Ahad).

Larian lasak dan mencabar ini sejauh 17 kilometer akan berlangsung di Bukit Kokol Menggatal dengan kerjasama serta sokongan dari  Sabah Amateur Radio Society, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Polis Di Raja Malaysia.

Acara terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Veteran dengan hadiah utama RM1,000 setiap kategori.

Yuran penyertaan sebanyak RM120 dan sebarang penyertaan atau pertanyaan boleh hubungi nombor yang berikut;

  • Roger  – 0195326399
  • Reingo – 0142019127

Sumber: Casero Events

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam