The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3 Lahad Datu

Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (1)

Minggu ini saya berkesempatan berkunjung ke Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabatangan atas urusan kerja.  Sudah agak lama saya saya tidak ke sana.

Perjalanan yang agak jauh dari Tawau menuju ke Lahad Datu menyebabkan perut berkeroncong di goyang kereta yang melalui jalan yang agak tidak rata.

Semasa berada di Tawau, kami bercadang untuk menikmati Sup Payau di Bibiq Corner bersebelahan Lapangan Terbang Tawau. Namun, memandangkan masih kenyang kami terus ke Lahad Datu dengan harapan akan menjamu selera makan malam dengan makanan lautnya.

Bila berkunjung ke Pekan Lahad Datu, kali ini kami menjamu selera di Khadijah Ikan Bakar 2  yang terletak di Taman Aman 3, Lahad Datu. Ini adalah kali kedua saya makan di sini. Keadaannya sama dan memang memuaskan.

Pelbagai pilihan makanan laut untuk santapan anda. Lokasi yang strategik, luas dan mudah dicari.

Soal harga, ianya berpatutan dan dijamin segar dan halal selain makanan cepat sampai. Masakannya sedap dan sangat digalakkan makan di sini. Saya sendiri terkejut bila bayaran yang dikenakan kurang dari RM100 bagi menu 2 ekor ikan masakan 3 rasa dan stim, 1/2kg udang harimau, sayur bagi hidangan untuk 3 orang.

Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (7) Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (6) Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (5) Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (4) Khadijah Ikan Bakar 2, Taman Aman 3, Lahad Datu (8)

Carian Yang Berkaitan:

3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam