
KEHILANGAN BAGASI AKAN MERUGIKAN – Bagi para pengguna kapal terbang samaada yang melancong ataupun balik kampung, keselamatan bagasi seharusnya diutamakan. Bagi saya sendiri yang biasa balik kampung bersama anak-anak yang masih kecil, kadang-kadang terpaksa melepaskan tanggungjawab memastikan keselamatan bagasi kepada krew penerbangan. Karenah anak-anak semasa di dalam pesawat juga kadang-kadang sukar untuk diramalkan.
Panduan Keselamatan Bagasi Ketika Melancong
- Pastikan bagasi, beg tangan atau beg galas bersama anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg yang tidak dijaga dengan betul mungkin hilang dikebas pencuri. Lebih teruk jika bagasi yang hilang dimusnahkan pihak keselamatan lapangan terbang akibat tidak dituntut.
- Penumpang disarankan membawa sama ada beg tangan, beg pejabat atau dompet ketika memasuki pesawat. Dengan mengurangkan bilangan beg, anda mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barangan berharga.
- Periksa dengan wakil agensi pelancongan anda mengenai peraturan barang yang dilarang dibawa memasuki kapal terbang. Setiap negara mempunyai undang-undang berbeza. Ia juga dapat mengelakkan anda terpaksa bersoal jawab dengan pasukan keselamatan jika membawa barangan tidak dibenarkan.
- Jangan membawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi. Ia mungkin dirampas pasukan keselamatan.
- Jika mengesyaki ada aktiviti mencurigakan atau melihat beg yang ditinggalkan, segera hubungi pihak keselamatan. Jangan sesuka hati menyentuh bagasi berkenaan kerana anda tidak tahu kandungannya.
- Bawa ubat-ubatan anda dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan. Bagaimanapun, jangan bawa sebarang penyembur dalam bentuk botol. Jika terpaksa, letakkannya di dalam bagasi.
- Pernah menonton Brokedown Palace atau Bridget Jones Diary? Jangan sesekali membantu menjaga bagasi orang yang tidak dikenali kerana ia mungkin menyebabkan anda menerima nasib malang seperti karakter dalam filem ini.
sumber: Blog Panduan
Berikut pula adalah berita semasa berkaitan dengan bagasi yang hilang.
Hilang bagasi: MAS diminta bayar RM5,592
NEW DELHI — Sebuah badan dikenali sebagai Forum Pengguna Daerah New Delhi meminta Malaysia Airlines membayar ganti rugi Rs100,000 (RM5,592) kepada seorang penumpang wanita yang kehilangan bagasi ketika dalam perjalanan dari Delhi ke Langkawi pada 7 Mac 2008.
Akhbar The Hindu melaporkan panel forum pengguna itu meminta MAS membayar pampasan berkenaan kepada Farah Mehta dari Mumbai.
Mehta menggunakan penerbangan MAS ke Langkawi untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakannya dan apabila tiba di sana, dia gagal menemui begnya yang mengisi pakaian serta hadiah untuk majlis itu.
Beg berkenaan tidak ditemui walaupun setelah dia kembali ke India dan selepas membuat aduan kepada pejabat syarikat penerbangan itu, dia ditawarkan pampasan Rs 16,000 (RM895), berdasarkan berat bagasinya.
Mehta bagaimanapun, enggan menerima pampasan itu dan mengadu kepada forum berkenaan.— BERNAMA
Carian Yang Berkaitan:
- bagasi air asia
- senarai harga bagasi airasia
- harga bagasi air asia
- tarif bagasi lion air
- senarai barang yang dilarang dalam kapal terbang tempatan
- air asia bagasi harga
- cara packing barang untuk melancong
- barang yang dilatamg penerbangan
- barang yang dilarang dibawa dalam pesawat malaysian airways
- berat bagasi air asia
bagasi aku pernah tersesat ke tempat lain
mujur juga dapat kembali biar pun ambil masa juga
tehr dan entrinya..EURO 2012 | Apa Kata Platini
masa travel blog yang bro buat dekat Indonesia…
Bro hanya bawa satu bagasi dan satu beg laptop.. itu aje bro ada sepanjang seminggu ada di Indonesia
Bro Framestone dan entrinya..Cara Selamat Bawa Laptop Menggunakan Baju Sejuk
Nice sharing… Sy perlukan enteri ni untuk persediaan buat kali pertama akan ke negeri orang…
Bookmarked… 

Izzuddin Fauzi dan entrinya..Bila Terhalang
hari tu ingatkan bagasi dah hilang sebab tunggu lama sangat..sekali tengok ada kat luar ngan tukang punggah bagasi tu..terkejut bila tengok bagasi aku habis koyak..ganas gila dorang buat kerja..siap bagi nasihat lagi kat aku lain kali jangan bawa bagasi yang padat
arrizz dan entrinya..Patung aksi Iron Man Mark VII dari filem The Avengers
Syukurlah.. setakat ni tak pernah hilang bagasi lagi.. tapi kena hati2 juga masa akan datang
kulanz dan entrinya..Semakan Tawaran Kemasukan KPLSPM Jun 2012
kalau aku hilang bagasi..1 juta lebih aku minta. haha..
titan dan entrinya..Mencintai Ain Maisarah – Part 5
Biasanya saya akan dapat perkhidmatan membalut bagasi dengan lapisan plastik di lapangan terbang.
akubiomed dan entrinya..Wordless Wednesday – # Oh bulan!
itulah yang terbaik.. kalau barang mudah pecah atau berair.. kena packing baik-baik
yela..berhati2 ketika mengambil bagasi..dan jgn baik hati sgt jaga bagasi org len..huhu
Jebeng Otai™ dan entrinya..Pertanian Bandar
kalau terambil bagasi orang kena pulangkan..
banyak barang penting dalam bagasi tu..