The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Kejadian Kemalangan Kereta Api Berhampiran Flyover Petagas, Kota Kinabalu

Kejadian berlaku sebentar tadi. Keadaan mangsa belum dapat disahkan.

Gambar Kereta Dilanggar Keretapi Di Petagas, Sabah

Gambar Kereta Dilanggar Keretapi Di Petagas, Sabah

Gambar Kereta Dilanggar Keretapi Di Petagas, Sabah

Sumber: Facebook & Instagram #kkcity

Kemaskini 1:

Nahas Kereta Api Di Petagas, Sabah

BERITA NASIONAL (Jam 8.00 malam di TV1), 19 Jun 2013 (Rabu) — Nahas keretapi & 2 buah kereta berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA).

– Kredit: Ares Arapa

Kemaskini 2:

KERETA PELANCONG HONG KONG DIREMPUH KERETA API DI KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Tiga pelancong Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.

“Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myi dan sebuah basikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.

“Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa.

Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti,” katanya.

Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan.

Carian Yang Berkaitan:

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam