The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk Fotografi

Gambar Sawah Padi
#klik untuk besarkan (link)

TERBENTANG LUAS DENGAN KEHIJAUAN – Siang tadi saya menyertai rombongan lawatan projek jalan di Daerah Penampang. Saya berasa amat tenang melihat kehijauan sawah padi sepanjang jalan tersebut. Deruan angin sejuk amat menduga mata kerana badan keletihan berjemur di bawah matahari. Jika diikutkan rasa hati, memang  hendak melelapkan mata. Apakan daya masih dalam tugas.

Dari situ juga kelihatan dengan jelas puncak Gunung Kinabalu. Memang agak lain pemandangan gunung itu kali ini. Saya biasa melihat gunung ini melalui pemandangan dari sebelah Tuaran dan Kota Belud sahaja.

Lokasi Menarik Untuk Out-Door Photography

Saya fikir di sana juga adalah lokasi menarik untuk mengambil gambar lanskap dan sesi ‘outdoor photography’ untuk ‘pre-wedding’ dan ‘post-wedding’.

Kalau padi sudah menguning, sudah tentu keadaan di sana lebih cantik. Saya pasti akan datang lagi ke sana kemudian hari.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam