The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Kedai Unik Di Atas Jeti Di Muara Beluran, Sabah

Minggu lepas saya membuat tugasan di Beluran, Sabah. Daerah ini amat terkenal dengan udang galah dan ikan patinnya. Namun cerita ikan patin dan udang galah saya akan kongsikan pada artikel akan datang.

Kali ini saya teruja untuk berkongsikan kedai di atas jeti.

Jika di Daro, Sarawak masih kita boleh nampak kedai bergerak menggunakan kapal. Namun di Beluran Sabah lain pula konsepnya. Kedainya juga unik kerana urusan jual beli dilakukan di jeti.

Ya! Di atas jeti..

Menurut penjual di sana, urusan jual beli atas jeti ini berlangsung pada setiap hari Khamis dan Ahad sahaja bermula dari awal pagi sehingga tengah hari dan kadang kadang sehingga ke petang (mengikut kedatangan pelanggan).

Namun pada hari Selasa, penjual akan menghantar barang yang dibeli melalui tempahan telefon (on-call) sahaja.

Barang-barang diangkut menggunakan lori dan disusun di atas/dalam kotak. Mudah untuk pembeli memilih barangan yang ada.

Terdapat beberapa kampung di kawasan pedalaman/pulau cuma dapat dihubungi melalui jalan air. Mungkin sebab ini, cara ini memudahkan penduduk membeli barangan keperluan tanpa perlu berjalan jauh ke deretan kedai di daratan.

Gambar ‘Kedai Atas Jeti’ di Beluran.

Gambar 'Kedai Atas Jeti' di Beluran Gambar 'Kedai Atas Jeti' di Beluran Gambar 'Kedai Atas Jeti' di Beluran Gambar 'Kedai Atas Jeti' di Beluran Gambar 'Kedai Atas Jeti' di Beluran

Carian Yang Berkaitan:

5 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam