The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Karnival PKS/SDSI Sabah Kali Ke-3 Tahun 2014

Minggu PKS SDSI Sabah 2014

Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ketiga Sabah, Karnival PKS/SDSI Sabah 2014 akan berlangsung selama 4 hari bermula 25 Jun sehingga 28 Jun 2014 di Pusat Dagangan Sabah di sini sempena Minggu PKS kebangsaan.

Usahawan dan peserta yang berkaitan akan menyertai karnival itu, terdiri daripada PKS, perusahaan mikro dari pelbagai majlis perbandaran dan daerah di bawah program Satu Daerah Satu Industri, syarikat yang menyediakan perkhidmatan strategik kepada usahawan ini seperti syarikat pembungkusan dan jentera, dan agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan dan bantuan kepada PKS.

Terdapat pelbagai acara yang akan diadakan. Antaranya adalah;

  1. Produk Satu Daerah Satu Industri
  2. Pameran Mesin
  3. Promosi Kraftangan
  4. SME Corp OPEN DAY
  5. Pocket Talk
  6. Pasar Tani (FAMA)
  7. Makanan Tradisi Sabah
  8. Persembahan Kebudayaan
  9. Pertandingan Pakaian Tradisi
  10. Cabutan Tiket Bertuah
  11. Pertandingan Karaoke
  12. Battle of the Band

Bayaran masuk adalah PERCUMA.

Maklumat lanjut, sila ke laman web berikut;

 

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam