The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Karnival Hijrah, Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Sabah 2014

Karnival Hirah Program Dakwah Negara, Sabah

Pada 21 sehingga 24 Ogos ini akan berlangsung Karnival Hijrah di perkarangan Masjid Negeri Sabah, Sembulan. Majlis ini dianjurkan sempena Program Dakwah Negara oleh TV AlHijrah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Program selama empat hari ini bertemakan “Kasih Sayang Disemai Perpaduan Dituai”.

Pelbagai pengisian menarik bakal disediakan oleh TV AlHijrah antaranya siaran langsung Pentas Dakwah yang menampilkan Amin Idris sebagai moderator dan YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Yang Dipertua YADIM bagi bersama-sama mengupas tajuk ‘Negaraku Berdaulat’.

Program bual bicara Assalamualaikum turut disiarkan secara langsung di booth TV AlHijrah.

 Di samping itu, malam kemuncak Karnival Hijrah iaitu Selawat D’Kinabalu akan disiarkan secara siaran langsung di tapak perkarangan Masjid Negeri Sabah pada malam 24 Ogos 2014. Program ini menampilkan tokoh agama terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bagi memimpin alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW.

Turut diadakan rakaman Pentas Dakwah yang bertajuk ‘Menyahut Cabaran’, rakaman Dikir Zikir dan Dialog Harmoni sebagai santapan rohani dan hiburan islamik buat para pengunjung.

Pelbagai acara menarik boleh disertai pengunjung selain boleh beramah mesra dengan personaliti TV AlHijrah.

Masuk adalah PERCUMA. Rujukan

Carian Yang Berkaitan:

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam