The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Tiada Jalan Darat Cabaran Utama Ke Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas

Kampung Tanjung Layak-Layak Pitas

Assalammualaikum,

Agak lama tidak berkongsikan kisah peribadi berkaitan kerja saya di blog ini.

Minggu lepas, saya  telah membuat satu tugasan di Daerah Pitas. Perjalanan untuk menjayakan tugasan kali ini agak mencabar kerana selain perjalanan yang jauh dari Kota Kinabalu, perjalanan kami diuji dengan melalui jalan berbatu (gravel) dan meredah Lautan Sulu dengan menaiki bot kecil.

Cuaca yang agak panas namun memberi kelebihan kepada kami kerana menaiki bot kecil dan jika keadaan angin kuat dan hujan, nampaknya tugasan tersebut terpaksa dibatalkan. Dalam jarak kasar perjalanan melalui laut sejauh 9km sehala, sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Perjalanan dari Pekan Pitas ke jeti Kg. Mapan-Mapan lebih kurang 40km dengan melalui Kg. Bongkol. Kg. Mapan-Mapan antara jalan alternatif yang terdekat untuk ke Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas.

20140626_105220
– Jeti Kg. Mapan-Mapan, Pitas

Berhubung dengan tugasan di Kg. Tanjung Layak-Layak, kampung ini agak jauh ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur asas. Tiada bekalan air bersih terawat dan tiada bekalan tenaga elektrik. Saya bertanya pada diri sendiri, bagaimana mereka mengharungi kehidupan tanpa kemudahan asas?

Saya memuji tindakan JKKK kampung ini, walalupun masih baru dan usia masih muda, namun berfikiran lebih jauh ke hadapan dengan meminta pertolongan dari pelbagai agensi kerajaan untuk membantu membangunkan penempatan ini.

Pada pendapat peribadi saya, kampung ini ada potensi untuk dimajukan dari segi sektor perikanan dan perladangan. Industri penternakan balat (timun laut), ikan dalam sangkar dan perladangan seperti tanaman getah dapat membantu penduduk kampung untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

20140626_114629
– Nelayan ‘Muda’ di Kg. Tanjung-Layak-Layak, Pitas.

Mungkin atas alasan ketiadaaan kemudahan asas, ramai penduduk kampung berhijrah ke kampung sekitarnya bagi kemudahan anak-anak bersekolah, ke pekan dan klinik.

Bila tiba musim kemarau, penduduk akan keresahan untuk mendapatkan bekalan air minum. Sumber terdekat adalah mata air di Pulau Lagaton. Namun bekalan air di sana juga agak terhad.

Penduduk berusaha meningkatkan tahap ekonomi masing-masing namun ketiadaan jalan darat menjadi penghalang kerana kos pengangkutan agak tinggi dengan menggunakan jalan air dan mereka dibayangi dengan bahaya di laut terutama ketika musim tengkujuh.

Saya berharap, tugasan saya kali ini mampu membuatkan penduduk kampung ini tersenyum.

Gambar Semasa Tugasan

20140626_105509
– Ikan Masin, Jeti Kg. Mapan-Mapan, Pitas

20140626_133609
– Projek Ikan Dalam Sangkar, Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas

20140626_143639
– Bawah Jeti, Kg. Mapan-Mapan, Pitas

20140626_123314
– Makan Tengah Hari (serius sedap!), Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas

20140626_132613
– Penempatan Atas Air, Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas

20140626_132701
– Kanak-Kanak, Kg. Tanjung Layak-Layak, Pitas

Nota: Semua gambar dengan Samsung Galaxy Camera
Samsung Galaxy Camera (Black) (Free GC Leather Pouch)

Carian Yang Berkaitan:

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam