The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Instagram Saya Di Kampung Malubang, Pitas, Sabah

Pengalaman Seronok Di Kampung Malubang, Pitas (Gambar Instagram)

Saya Berada Di Sini, Kampung Malubang

Saya Berada Di Sini

Syukur Alhamdulillah kerana tugasan minggu ini telah selesai. Minggu ini saya tertumpu di Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Agak lama juga tidak ke Pitas. Kampung Malubang adalah destinasi kami. Perjalanan hampir 60km dengan keadaan jalan yang rosak amat mencabar.

Sebelum memulakan perjalanan ke Kampung Malubang, kami singgah makan dan minum di Gerai Makan Kak Onong dan saya memilih nasi goreng lalap. Saya agak jarang memakan menu ini dan saya rasa ada sedikit kelainan nasi goreng lalap di Pitas. 80% menyerupai seakan-akan makanan barat. Rasanya boleh tahan dan kebetulan perut memang lapar.

Setelah 2 jam menempuh jalan yang banyak lubang, lumpur dan berliku, akhirnya kami tiba di Kampung Malubang. Keadaan sudah gelap dan tiada kelihatan dengan jelas keadaan sekitar. Kampung ini masih belum ada bekalan elektrik dan masih menggunakan set generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Memang agak membebankan pagi penduduk kampung untuk perbelanjaan petrolnya.

Peduduk kampung juga boleh menarik nafas lega pada masa yang sama kerana Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam proses pembinaan di sana. Tidak lama lagi, teranglah bumi Malubang.

Ketibaan kami disambut mesra oleh penduduk kampung dan JKKK En. Mokhtar. Kami disediakan makan malam yang lazat iaitu sup ikan putih. Selepas itu kami ke daftar masuk ke bilik di Chalet Torong Puteh / Torong Putih dalam bahasa Bajau yang bermaksud Tanjung Puteh. Tempat penginapan ini masih baru dan mengenakan pada kadar promosi RM30-40 semalam.

Terdapat 7 tempat menarik yang boleh dilawati di sini iaitu Batu Supirak, Batu Dulang, Batu Talam, Batu Berunsai, Batu Gerawang (Odu Gorawang), Perigi Air Tawar (di laut) dan Batu Puru-Puru. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sana adalah menangkap ketam, menyuluh ikan, memancing ikan, snorkeling, lawatan ke tempat-tempat menarik dan beberapa aktiviti lagi.

Gambar Instagram Saya

Nasi Goreng Lalap

Nasi Goreng Lalap

Gerai Makan Dan Minum Kampung Malubang

Gerai Makan Dan Minum Kampung Malubang

Titik Gelap, Tiada Bekalan Elektrik

Titik Gelap, Tiada Bekalan Elektrik

Pemandangan Pagi di Kampung Malubang, Pitas

Pemandangan Pagi di Kampung Malubang, Pitas

Air Surut Di Kampung Malubang, Pitas

Air Surut Di Kampung Malubang, Pitas

Gambar Ulat Bulu

Gambar Ulat Bulu

Kasut ' Pua Chu Kang'

Kasut ‘ Pua Chu Kang’

Bunga Tepi Jalan

Bunga Tepi Jalan

Bunga Ungu

Bunga Ungu

Harapan Masa Depan

Harapan Masa Depan

Gambar Anak Kucing

Gambar Anak Kucing

Ketam Segar, Kg. Malubang Pitas

Ketam Segar, Kg. Malubang Pitas

Peta Lokasi Kampung Malubang Pitas View Larger Map

Bacaan lanjut: http://1malubang.blogspot.com/

Carian Yang Berkaitan:

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam