The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Jambatan Sungai Samarahan

image

Siapa tak panas hati bila barisan menuju ke feri dipotong. Kesabaran sesiapa saja pasti ada hadnya. Tambahan cuaca pula memang sudah panas.

Jambatan konkrit sediaada ada dibina melalui jalan Kg. Melayu – UITM Kota Samarahan, namun keadaan jalan raya ke sana yang beralun dan tidak rata menyebabkan ia  tidak selesa untuk dilalui. Jaraknya pula agak jauh.

Harapan rakyat terutama yang tinggal di bahagian Asajaya tentulah jambatan kedua yang menghubungkan Asajaya dan Kota Samarahan (berhampiran Kampung Tanjung Bundong). Dengan adanya jambatan, perjalanan lebih mudah dan menjimatkan masa dan wang.

Jika air surut, tiada pilihan lain dan terpaksa mengikut jalan alternatif (jambatan sediaada) yang melalui UITM Kota Samarahan.

Bagi yang menaiki motorsikal, bot penambang boleh membawa mereka menyeberangi sungai tersebut. Namun, aspek keselamatan sering diperlekehkan.

Pernah juga terjadi beberapa kejadian motorsikal jatuh ke dalam sungai. Pihak penambang tidak mahu bertanggungjawab.

Ia pernah terjadi kepada kawan saya sendiri. Cuba bayangkan motorsikal yang baru masuk jatuh ke dalam sungai. Apa yang ada rasa?

Oleh itu, jambatan kedua Sungai Samarahan (Batang Samarahan) amat kami perlukan.

Posted from Samsung S3

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam