The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Adakah Kamera Saya Grey Set Nikon?

Nikon Malaysia Warranty Card

Bila kita berbalik kepada soal harga peralatan kamera, samaada ‘body’ atau lensanya, harga sudah pasti menjadi satu tembok penghalang untuk untuk memilikinya. Jika lensa kita boleh menggunakan lensa ‘3rd party’, namun untuk ‘body’ kamera ianya tidak boleh atau kita beralih kepada model yang lebih murah.

Oleh kerana terdapat penghalang untuk memiliki kamera idaman, terdapat dua cara biasa untuk memilikinya.

Cara pertama ialah dengan membeli kelengkapan kamera terpakai dan yang kedua membeli kamera import (Grey Set).

Apakah Maksud Grey Set?

Grey Set ini boleh dikatakan sebagai barangan Nikon yang diimport dan dijual secara terus oleh pekedai tanpa melalui pengedar sah di Malaysia. Harganya juga sedikit murah berbanding barang yang dibeli dengan pengedar yang sah.

Konsepnya seperti membeli telefon bimbit juga, ada yang ‘ori’ dengan jaminan pengedar yang sah dan set AP dengan jaminan kedai sahaja. Tidak salah memiliki barangan Grey Set. Namun dari segi kelebihannya pada kita boleh dikatakan tiada. Rugi juga bila berlaku sesuatu yang tidak diingini pada set kamera kita kerana harganya bukan murah.

Cara Mengesan Grey Set

Cara paling mudah mengesan samaada set kamera atau lensa kita dari pengedar yang sah atau Grey Set adalah dengan melihat kad jaminan (Warranty Card). Jika pengedarnya (Distributor) seperti dalam gambar pertama, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd, anda jangan risau kerana ianya bukan Grey Set. Selain daripada pengedar tersebut, ianya adalah Grey Set.

Namun, ada juga beberapa kes penipuan dari penjual yang menjual Grey Set dengan harga yang sama seperti  set diedarkan oleh pengedar sah. Kad jaminan palsu diberikan bersama set tersebut. Oleh itu, pastikan nombor siri pada badan kamera atau lensa sama dengan nombor yang tercatat pada kad jaminan. Kita perlu lebih berhati-hati sebelum membeli.

Jika masih ragu-ragu, sila telefon 1-300-221155 (pertanyaan & bantuan teknikal) untuk pengesahan kamera anda sama ada anda pemilik Grey Set atau warranti sah Nikon Malaysia.

Berikut adalah perbezaan umum antara kedua-dua set ini adalah;

Original Nikon Vs Gey Set Nikon

Nikon Vs Grey Set

Layakkah Saya Menyertai Kelab Nikon Malaysia?

Selain itu, pengguna Grey Set yang mahu menyertai Kelab Nikon Malaysia, penyertaan dalam aktiviti seperti Photo Search, Photo Challenge, workshop, Walkabout tidak diterima dan tiada pemberian barangan cenderahati serta bantuan teknikal  dari pihak Nikon. Lihat, betapa ruginya membeli Grey Set.

Selain itu, cas untuk membaikpulih juga bebeza antara set tersebut;

Oleh itu, saya sarankan supaya membeli dari pengedar sah Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. Alhamdulillah, set kamera saya bukan Grey Set!

p/s: tolong betulkan jika kefahaman saya mengenai grey set ni salah ya!

Rujukan;

17 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam