The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Kamera DSLR Terbaik, Dilema Mana Satu Pilihan Anda?

Bandingkan Kamera DSLR Terbaik Pilihan Anda.

Kamera DSLR Terbaik Pilihan Anda

Bandingkan Kamera DSLR Terbaik Pilihan Anda

Memiliki sebuah kamera DSLR terbaik adalah impian setiap insan yang bergelar jurugambar. Sudah pasti ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memenuhi minat pada kamera tidak kiralah ianya kamera kompak atau kamera DSLR. Selain itu, pelaburan juga dibuat dalam pembelian lens, aksesori tambahan dan kit penjagaannya.

Bagi yang masih baru menceburi dunia kamera DSLR ini, sudah pasti agak keliru untuk memilih kamera DSLR terbaik untuk digunakan. Begitulah saya pada tahun 2009 yang lepas, saya cuma berpandukan pada pendapat rakan-rakan dan khidmat nasihat juru jual sahaja sehingga saya membeli kamera DSLR Nikon D60 sebagai permulaan saya dalam bidang ini.

Buat masa sekarang, terdapat banyak laman web dan forum yang membincangkan isu mengenai kamera DSLR terbaik untuk digunakan. Secara peribadinya saya berpendapat, tidak semua kamera sempurna dan masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Sudah pasti perbezaan besar dari segi harga, jenis kamera samaada full frame seperti Canon 5D mark II, Nikon D700, Nikon D3, Sony A900 atau crop frame seperti Canon 350D – 550D, Canon 40D, 50D, 7D, Nikon D3000, D5000, D90, Pentax kx, k20d, Olympus E-3, E-620, Sony A200 – A700 dan lain lain.

Bandingkan Kamera DSLR Terbaik Idaman Anda Di snapsort.com

Bagi memudahkan melihat perbandingan samaada dari segi harga, spesifikasi bolehlah ke snapsort.com. Semoga kita lebih jelas lagi, mana satu kamera yang sesuai untuk kegunaan kita pada masa akan datang. Selain itu, rakan-rakan juga boleh merujuk pada halaman-halaman review yang lain supaya mungkin ada maklumat tambahan yang lebih tepat dan terperinci daripada snapsort.com.

Untuk bermula dengan dunia kamera, bolehlah merujuk blog-blog di bawah untuk menjadi panduan anda dalam membanyakkan lagi ilmu kamera dan fotografi.

Carian Yang Berkaitan:

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam