The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Jus Bambangan, Minuman Yang Agak Unik Di Karnival Hijrah, Sabah

Jus Bambangan

Bila disebut mengenai buah bambangan, sudah pasti ramai yang kata, buah ni sedap buat jeruk sahaja.

Namun, semasa jalan-jalan di Karnival Hijrah semalam, saya tertarik dengan idea sebuah syarikat yang beralamat di Papar dengan menjadikan buah ini sebagai jus minuman.

Dengan tagline ‘ Macam Di Sabah Bah!’ memang bertepatan sekali kerana buah ini mudah didapati di Kepulauan Borneo khususnya Sabah dan Sarawak. Pada satu ketika, buah ini hampir tiada nilai kerana lambakan buah yang terlalu banyak.

Dengan adanya industri membuat minuman dari buah bambangan, pembaziran juga dapat dielakkan di samping dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri dan merasa keenakan minuman ini, boleh menghubungi;

RASS ENTERPRISE
Peti Surat 313,
89600 Papar, Sabah.
Tel: 016-8026454 / 013-8992266

 p/s: Di Sarawak, buah ni dikenali dengan nama Buah Embang.

Carian Yang Berkaitan:

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam