The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pengalaman Jual Barang Menggunakan Instagram

Ketika ini banyak media sosial dibangunkan selain Facebook. Media sosial yang berasaskan pos gambar menjadi pilihan saya iaitu Instagram dan Flickr. Namun saya lebih tertarik kepada Instagram.

Saya berani jamin, 95% yang membaca entri saya ini ada akaun Instagram. Saya sendiri memiliki akaun Instagram dengan gambar yang saya pos melebihi 6000 keping gambar.

Sepanjang menggunakan Instagram, saya pernah membuat ujikaji dengan menjadikan media sosial ini sebagai medium pengiklanan. Hasilnya, saya pernah menjual beberapa produk seperti Kad Tambah Nilai/ Simkad ALTEL dan ‘Lens Band I Am Nikonian‘.

Tiada strategi yang saya belajar dan cuma saya buat berdasarkan ‘try & error‘. Mungkin kaedah saya cara lapuk dan ketinggalan zaman. Rasanya cara saya bukanlah salah, mungkin tidak sesuai lagi digunakan pada masa ini.

Cara lapuk atau koboi yang saya gunakan adalah dengan;

Cara Jual Barang Di Instagram (1)

1) Saya gemar mengemaskini akaun Instagram saya dengan gambar hitam dan putih sebelum ini. Sesekali, saya selitkan dengan gambar berwarna (iklan). Secara tidak langsung, kontra warna menggamit pandangan orang untuk lebih fokus kepada gambar berwarna.

Dengan kaedah ini saya menjual Kad Tambah Nilai ALTEL sehingga kehabisan stok bulan lepas.

Cara Jual Barang Di Instagram (2)

2) Bagi meluaskan capaian iklan, saya masukkan hashtag (#) yang bersesuaian dengan produk yang ingin diiklankan dalam gambar. Hashtag yang mempunyai kadar klik/carian yang tinggi.

3) Saya follow rakan-rakan yang berpotensi membeli produk saya.

4) Tag rakan-rakan yang berkaitan dengan produk kita. Namun, jika tidak bernasib baik, kita akan kena sekat (block) kerana mengganggu privacy.

Begitulah 4 cara koboi saya menjual di Instagram. Dengan pulangan yang tidak seberapa. Beberapa kaedah baru perlu dicuba. Saya tertarik dengan Ebook Rahsia Dominasi Instagram hasil tulisan Herman Hawa.

Beliau telah menjana ribuan ringgit dari Instagram dengan hanya menggunakan aplikasi ini cuma 1 jam sehari sahaja. 8 tips bakal dikongsikan oleh beliau di sini.

Wajib anda baca!

8 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam