Juadah Raya Paling Sedap 2011

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Entri ni memang dah kena suntik dengan semangat raya. Beberapa minggu lepas kita digemparkan dengan isu mentega Golden Churn yang disahkan haram. Isu itu memang memberi kesan kepada aku dan isteri yang sememangnya bercadang nak buat dropship menjual Kek Lapis Sarawak. Aku anggap ia sebagai bukan rezeki kami untuk raya tahun ini.

Bila isu kuih raya disebut, keluarga kami ada beberapa kuih raya yang wajib ada di rumah. Walaupun aku ni bukanlah tukang masak yang hebat, pernah juga memasak beberapa biji kek dengan bantuan isteri aku. Sudah menjadi kebiasaan kami di kampung (Sarawak), meja-meja dihiasi oleh kuih kek yang berwarna-warni. Pelbagai jenis kuih ada termasuk Kek Lapis Sarawak, kuih-kuih tradisonal dan bermacam lagi. Kek raya pilihan aku adalah Kek American Midnight. Mungkin pelbagai ramuan yang ada menyebabkannya amat sedap bagi. Isteri aku juga menyukai kek tersebut.

Manok Pansuh Juadah Raya Paling Sedap 2011

BBQ Burung Puyuh, Manok Pansuh, Lemang dan Sate adalah menu  sampingan yang pasti menjadi kegemaran para pengunjung.

Bila ditanya pada rakan-rakan juga, kuih apa yang paling sedap?

Ada juga jawapannya Kuih Tunjuk. Kuih Tunjuk ni perumpamaan untuk kuih yang ditunjuk di kedai (dibeli).

Korang suka kuih apa pula?

p/s: Dapatkan Kek Raya Sedap di Blog Resipi

Kredit: http://bangmarol.blogspot.com/2010/09/sarawak-cuisine-part-1.html

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam