The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Juadah Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu

Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu (7)

Sehari sebelum kehadiran Ramadhan, kami singgah makan malam di Raja Nasi Kukus (RNK) yang terletak di University Plaza, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Ini adalah kunjungan pertama kami sekeluarga di sini.

Sebetulnya, kami pergi mencuci pakaian di kedai cucian dobi syiling Dobiku yang betul-betul bersebelahan dengan restoran Raja Nasi Kukus (RNK). Sementara menunggu pakaian siap dicuci, perut pula berkeroncong. Mula-mula terfikir untuk ke restoran makanan segera yang berdekatan, namun Raja Nasi Kukus (RNK) mejadi pilihan kami.

Kami sekeluarga memilih set combo menu yang disediakan seperti Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Nasi Kukus Ikan Keli dengan setiap hidangan disertakan dengan minuman Kudat Original Coconut Shake.

Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu (4)

Anak-anak suka makan nasi kukus di sini kerana tidak pedas dan memenuhi selera mereka. Mereka sangat suka dengan minuman coconut shake yang dihidangkan.

Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu (1)

Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu (3)

Sempena sambutan bulan Ramadhan, Raja Nasi Kukus (RNK) turut menyediakan hidangan berbuka puasa dan sahur.

Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu (6)

Alamat:

MRA CAFE & CATERING
RAJA NASI KUKUS
LOT 18, Ground Floor
University Plaza,
Jln Sulaman,
88450, Kota Kinabalu,
Sabah.

Facebook: Raja Nasi Kukus

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam