The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Jom Meriahkan Bulan Melawat Kiulu April 2017

Bulan April ialah Bulan Melawat Kiulu 2017.

Mari lihat apa pengisian aktiviti  di sepanjang Bulan Melawat Kiulu. Ada 5 Tema Mingguan yang akan menjanjikan aktiviti-aktiviti menarik buat para pengunjung.

Anda boleh sertainya dengan menelefon nombor telefon yang sertakan. Jika anda sedang merancang untuk melancong di Sabah sepanjang April ini, jangan lupa singgah di Kiulu ya.

Kiulu Cantik, Destinasi Menarik!

Bulan Melawat Kiulu April 2017

Aktiviti Sepanjang April 2017 di Kiulu, Sabah.

Bulan Melawat Kiulu April 2017

 Moginakan Perasmian Rumah Kiulu!
 02 April 2017
 09 AM
 Rumah Kiulu, Pekan Kiulu
 Dr Rosalyn 014-8712853/ En Aliamis 013-8061959

Moginakan Perasmian Rumah Kiulu, merupakan acara menaiki rumah baharu yang perlu dilakukan mengikut adat istiadat Moginakan. Rumah Kiulu adalah simbolik rumah besar (yang didiami oleh generasi pertama) yang menjadi pusat Moginakan oleh seluruh keluarga sehingga generasi ke-7. Asas binaan diperbuat daripada kayu keras, dinding diperbuat daripada bambu jenis tulu, dan atap diperbuat daripada daun rumbia atau dikenali sebagai sorutan. Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi ketika proses penyiapan rumah atau Sinurambi (Sinurambi membawa maksud rumah besar)

Simbolik acara Moginakan bagi masyarakat Dusun Kiulu adalah upacara menghiris peha kerbau yang telah dikorbankan khusus untuk upacara Moginakan tersebut. Tatacara menghiris peha kerbau (yang telah direbus semalaman) dimulakan oleh kepala keluarga/ ketua masyarakat dan diikuti oleh ahli keluarga/ pemimpin masyarakat

Bulan Melawat Kiulu April 2017

 1st Kiulu Tagal Fishing Challenge
 08 & 09 April 2017
 09 AM
 Rumah Kiulu, Pekan Kiulu
 Dr Rosalyn 014-8712853/ Ms Sulisa 019-8515431

Untuk julung kali nya, 1st Kiulu Tagal Fishing Challenge akan diperkenalkan kepada para pemancing tegar. So apa lagi, ambil peluang ini untuk memperlihatkan kebolehan memancing anda!

  • Acara ini akan berlangsung selama 2 hari dan menggunakan konsep CPR – Catch, Photo &
  • Release (Tangkap, Gambar & Lepaskan)
  • Masa memancing yang ditetapkan ialah 4 jam sehari sahaja.
  • Harus diingatkan ini adalah acara berkumpulan, dengan 2 pemancing dalam satu kumpulan.
  • Kawasan memancing akan di dibahagikan kepada Zon 1 dan Zon 2, ahli kumpulan akan mengambil giliran memancing di setiap zon.
  • Hanya ‘Fly Fishing’ dan ‘Lure Casting’ dibenarkan

Sila hubungi no telefon yang tertera untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran.

Bulan Melawat Kiulu April 2017

 Mini Karnival Bambu
 10 – 16 April 2017 (Sabtu & Ahad)
 Sondoton Riverside, Kg Malangang Kiulu
 En Ariffin 019-8624585/ Juliana Bangot 012-8362128/ En. Abraham 014-2201181/ En. Marius Samin 017-8198494

Tema yang diketengahkan dalam minggu ketiga Bulan Melawat Kiulu, ialah ‘Bambu’. Untuk pengetahuan anda, nama Kiulu, dipercayai diambil sempena dua kata dalam bahasa Dusun Bundu (etnik Dusun Bundu merupakan 80% penduduk Kiulu yang dikenali sebagai Dusun Kiulu) iaitu ‘ki’/ada/ dan ‘Tulu’ (sejenis bambu yang tumbuh dengan subur di kawasan lembah Kiulu, merupakan jenis bambu yang sesuai digunakan untuk membuat rumah). Dalam erti kata lain,; /ki/ + /tulu/ = Kiulu (ada bambu jenis Tulu).

Antara pengisian Mini Karnival Bambu ialah:

  • Pertandingan Bangkarthon
  • Pertandingan Bangkar Berhias
  • Pertandingan Inovasi Bambu

Sila hubungi no telefon yang tertera untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran.

Bulan Melawat Kiulu April 2017

 Mini Fiesta Kebudayaan
 18 & 23 April 2017
 09 AM
 Rumah Kiulu & Dewan Kiulu, Pekan Kiulu
 Pn Debbie Lim 019-5331007

Mini Fiesta Kebudayaan memfokus kepada elemen-elemen budaya di Kiulu. Antara pertandingan sepanjang minggu keempat Bulan Melawat Kiulu ialah:

  • Minuman Tradisi Terbaik – En Alex 011-25276884/ En Benjamin 013-8900615
  • Makanan Tradisi Terbaik – Pn Jannie 014-3749689/ Pn Debbie 019-5331007
  • Seni Kraf Dalai Terbaik – En Micherson 0173149336/ En Benjamin 013-8900615
  • Hasil Tani Terbaik – Pn. Harlley 010-9315246/ Pn.Haidah 019-8607507
  • Pertandingan Mencipta Lagu Tema Kiulu – Pn Liza 011-26894902
  • Pertandingan Mencipta Hiis (Puisi) – Pn Debbie 019-5331007
  • Pertandingan Tarian Botumban – Pn Debbie 019-5331007
  • Pertandingan Gong Botumban – En Benjamin 013-8900615

Sila hubungi no telefon yang tertera untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran.

Bulan Melawat Kiulu April 2017

 Tamu Besar Gulu-Gulu!
 29- 30 April 2017 (Sabtu & Ahad)
 06.30 AM
 Rumah Kiulu, Pekan Kiulu
 Cik Julia 019-8708418/ Pn Meirin 014-6728335/ Pn Sitah 019-8308208

Tamu Besar Gulu-Gulu kembali lagi. Tamu Besar ini akan terbahagi kepada DUA (2) bahagian.

  • Tamu Besar
  • Tamu Gulu-Gulu

Apa yang menarik dengan Tamu Gulu-Gulu ialah peserta harus berpakaian Tradisi Dusun dan menunjukkan elemen tamu tradisi seperti yang dilakukan oleh nenek moyang pada zaman dulu.

Antara bahan jualan yang akan dipamerkan ialah:

  • Minuman Tradisi ( Bahar / Lihing / Kinomol )
  • Makanan Tradisional (Pinongian Ikan, Linopot, Linabok, Bosou, Rinukutan, Linipit, dll lagi)
  • Produk Tani (Keladi Kg, Beras Kg, Sayur-sayuran, buah-buahan dll)
  • Hasil Kraftangan Dusun Kiulu (kraf dari kulit kayu, aksesori Dalai, wakid, borait, bakul dll)
  • Kalendar Kadazandusun 2017 yang padat dengan sejarah dan khazanah bahasa dan budaya Dusun.
  • Dan banyak lagi

Oh ya, pada masa yang sama kita ada acara Pertandingan Sumandak Olundus Kiulu yang kompom cantik-cantik semua. Bah, apa lagi, anda semua dijemput untuk memeriahkan tamu ini.

Kredit/Sumber: Visit Kiulu 

Carian Yang Berkaitan:

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam