The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Terkini Jerebu Di Kota Kinabalu, Sabah

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Keadaan jerebu di Kota Kinabalu tidak jauh bezanya dengan tempat lain. Keadaan bertambah buruk sejak semalam. Kadar jarak penglihatan juga semakin berkurangan.

Saya mendapati diri saya sudah mula menerima kesan daripada jerebu ini. Malam semalam saya mula sakit kerongkong dan batuk-batuk. Anak-anak juga menerima kesan yang sama. Baru sahaja mahu sembuh dari demam dan batuk semasa balik ke kampung yang lepas, kena semula akibat jerebu kali ini. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan elakkan daripada melakukan aktiviti luar rumah.

Bandar Kota Kinabalu hilang serinya. Pantai pantai di negeri yang popular dengan nama ‘Bandaraya Dalam Taman’ ini kelihatan lengang daripada pengunjung. Nasib baik Perlumbaan Perahu Naga minggu lepas belum teruk lagi jerebunya. Saya kongsikan gambar sepanjang Teluk Likas / Tanjung Lipat semasa saya balik dari pejabat semalam.

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Gambar Jerebu Di Kota Kinabalu

Apakah Jerebu?

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Kredit:
FotoBesar | Wikipedia

16 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam