The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Khemah Sebelum Bercuti

Berbalik kepada entri semalam, sekiranya kita berminat untuk bermalam di tepi pantai atau di kawasan hutan, memasang khemah sendiri adalah lebih baik kerana kosnya murah selain lokasi khemah boleh dipindah-pindahkan mengikut kesesuaian semasa. Jika mahu menyewa penginapan, sudah pasti kosnya agak mahal.

Namun, faktor cuaca seperti hujan dan berangin juga perlu diambil kira sebelum memasang khemah. Harga sebuah khemah tidaklah terlalu mahal. Sekiranya anda perlu membeli sebuah khemah yang mahal sekalipun, ianya berbaloi kerana ianya berkualiti dan boleh digunakan banyak kali (jika diguna dan disimpan dengan betul).

Faktor utama pemilihan khemah;

  1. Perlindungan
  2. Keselesaan (memasang dan pemakaian)
  3. Kalis air (jenis fabrik)
  4. Tahan lasak
  5. Ukuran (bilangan pengguna)
  6. Harga

Pemilihan Tapak Perkhemahan;

  1. Corak perkhemahan yang dipilih ataupun aktiviti yang terlibat.
  2. Jangkamasa berkhemah.
  3. Bilangan peserta yang terlibat.
  4. Keadaan alam sekitar, pergunungan, hutan dan sebagainya.

Tatacara Perkhemahan

  1. Sediakan semua peralatan perkhemahan.
  2. Berkhemahan dalam kumpulan kecil.
  3. Rancangkan aktiviti anda untuk mengurangkan sampah, jauhkan botol dari tin.
  4. Bawa keluar apa yang anda bawa masuk.
  5. Ikut trek yang sedia ada jangan merentas sesuka hati.
  6. Kecilkan tapak perkhemahan, jangan musnahkan tumbuh-tumbuhan.
  7. Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang lain.
  8. Jika membuat unggun api, pastikan disediakan air/pasir untuk memadamnya (sekiranya berlaku kecemasan).
  9. Simpan/bawa no. telefon yang dihubungi jika berlaku kecemasan (balai polis, bomba dan lain-lain)
Senarai Semak Peralatan Untuk Berkhemah;
  1. Khemah yang sesuai.
  2. Bag galas
  3. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
  4. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
  5. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
  6. Botol air, kole dan bekas minuman.
  7. Pisau dan pembuka tin
  8. Lampu picit serta beteri dan alat gantinya.
  9. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
  10. Kotak pertolongan cemas.
  11. Kotak ikhtiar hidup.
  12. Tali
  13. Ponco atau baju hujan.
  14. Parang/kapak kecil.
  15. Bekas air tambahan.
  16. Selimut atau beg tidur.
  17. Peta dan kompas
  18. Telefon

Jenis-Jenis Khemah Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Berkhemah

Terdapat 4 jenis khemah yang biasa kita lihat iaitu;

1. Rigde tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
2. Frame tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

3. Dome tent
• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
4. Bell tent
• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
Rujukan:
  1. Jenis-jenis Khemah
  2. Berkhemah/camping
  3. Asas Perkhemahan

13 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam