
Jambatan Satok ketika masih beroperasi sebelum runtuh.
Jika anda ingin berkunjung ke Petrajaya atau Matang di Kuching, sudah pasti anda akan melihat bekas tapak jambatan gantung bersebelahan dengan Kubah Ria yang runtuh pada 7 Oktober 2004 pada jam 4.00 pagi.
Jambatan gantung sepanjang 130 meter yang menghubungkan antara penduduk di Satok dan Matang pada awalnya dibangunkan bagi tujuan pejalan kaki dan menempatkan saluran paip air dari tangki air di Matang ke seberang.
Semasa pembinaannya dalam sekitar tahun 1926, penduduk sekitar amat khuatir kerana mengikut adat Dayak beberapa orang hamba perlu dikorbankan dengan menghumban mereka ke lubang pertama sebelum memulakan pembinaan. Ia dikatakan bagi memberi ‘makan’ makhluk halus dan supaya makhluk tersebut tidak mengganggu kerja pembinaan jambatan tersebut. Upacara tersebut juga dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ‘Semah’ iaitu upacara potong kepala.

Satok Suspension Bridge
Jambatan Gantung Satok Mungkin Dibina Semula
KUCHING: Kerajaan akan membangunkan semula Jambatan Gantung Satok bagi mengembalikan nostalgia penduduk tempatan selepas roboh pada 2004.
Bagaimanapun jambatan sepanjang 130 meter yang menghubungkan antara penduduk di Satok dan Matang pada awalnya akan dibangunkan bagi tujuan pejalan kaki sahaja.
Menurut Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, rancangan untuk membangunkan jambatan tersebut telah dibincangkan dan ia masih di bawah kajian.
“Kami memang telah merancang untuk membangunkan semula Jambatan Gantung Satok seperti yang sering dicadangkan oleh penduduk di kawasan ini.
“Buat masa ini ia masih dalam perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami akan membincangkan bajet yang sesuai untuk pembinaan jambatan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang jemputan yang turut menghadiri majlis pecah tanah pembangunan pangkalan di Kubah Ria Market di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, satu jawatankuasa pengurusan sungai akan diwujudkan dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi memelihara kebersihan di sepanjang tebingan Kubah Ria.
Katanya dalam usaha mencantikkan sepanjang tebingan itu, kombinasi antara konkrit dan landskap asal akan diaplikasikan untuk tampil lebih menarik di mata pengunjung.
Bagi tujuan itu, Abang Johari menasihati Persatuan Peniaga Kubah Ria mengambil inisiatif menanam pokok yang dapat melindungi sungai serta sesuai sebagai hiasan semula jadi. – The Borneo Post
p/s: Kalau anda peminat setia Ngap Sayot pada tahun 1988, pasti mengimbau kembali dengan peristiwa jurulatih Awang Mahyan yang terjun dari jambatan tersebut setelah Sarawak melayakkan diri ke Separuh Akhir Piala Malaysia
Kredit:
- Artikel Berita oleh The Borneo Post
- Gambar Satok Suspension Bridge oleh allaboutborneo
bolehlah datang melawat nanti..
titan dan entrinya..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Admax Network
hoho, tatau plak sampai ade yang bunuh diri kat jambatan tue sebab bola.. seram plak.. tapi aku rasa bleh jadik tarikan pelancong.. hohoho
jambatan penuh nostalgia bagi rakyat serawak agaknya.. ni ker jambatan yang awang mahyan terjun tu
cadangan yang baik….
paksu dan entrinya..KATA KATA MUTIARA HARI INI
Huhu.x pnah dengar sal jmbtn gntung,nih.
budakserius dan entrinya..Mesti Baca!! Gambar Mengancam Proton Perdana Fuga Baru
Benda lama banyak sentimental value.
Kamal Mustafa dan entrinya..Wordless Wednesday 38 – Daulat Tuanku
seramnya..dah lar tergantung..jauh pula tu..
Man dan entrinya..RM100,000 Untuk Blogger Bertuah
satu lagi tarikan pelancong di sarawak..

Jebeng Otai™ dan entrinya..DOTA : Permainan Paling Berhantu
Satu cadangan yg baik. Dengan semakinnya natural resources, krjn negeri wajar tambahkan tempat2 menarik mcm ni utk meningkatkan aktiviti tourismn di negeri Sarawak. Ada gak income di masa depan.
Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?
Mesti ia akan membangkitkan nostalgia lama dikalangan warga Sarawak yang mempunyai pengalaman peribadi dengan jambatan tersebut.

Fahmi Raazali dan entrinya..Sejuk
Aku masih ingat aksi terjun jambatan tu
Memang menjadi hiasan akhbar tempatan
tehr dan entrinya..Mati Dibunuh
dapat merasa jambatan gantung balit tok, sebelum tok mala jak ngga dr jauh jak

Mr Rileks dan entrinya..Buktikan Perkahwinan Rozita Che Wan Dengan Datuk K, RM100,000 Untuk Anda!
Assalam..
Jangan ada yang kena potong kepala pulak sudah la…
iza dan entrinya..Nasib Si Anak Anjing.
Tentu mendapat reaksi berbeza daripada rakyat.
akubiomed dan entrinya..AkuBiomed sudah buat business card