The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Gambar Pembinaan Jambatan Batang Sadong, Asajaya Dan Simunjan

MUS_0194

Semasa dalam perjalanan ziarah hari raya yang lepas, kami tidak terlepas daripada menaiki feri yang menghubungkan Daerah Asajaya dan Daerah Simunjan.

Tiada alternatif lain seperti Feri Batang Samarahan yang ada jambatan. Kami terpaksa menaiki feri dan barisannya amatlah panjang semasa musim perayaan. Nasib baik ada dua buah feri yang beroperasi secara serentak. Jika tidak, makin banyaklah masa terbuang untuk menunggu.

Semasa berada di dalam feri, saya tertarik dengan projek pembinaan Jambatan Batang Sadong menelan belanja RM231juta sepanjang 1.5km yang pembinaannya dimulakan sejak 5 Julai 2012. (Maklumat lain diperolehi, kos pembinaannya adalah RM230juta dan panjang 1.48km, rujuk sini).

Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang di Sarawak ini dijangka siap pada 4 Julai 2016.

Jambatan ini kelak akan turut dapat meningkatkan produktiviti penduduk kampung apabila mereka boleh mengangkut hasil pertanian dengan lebih cepat.

MUS_0187

MUS_0173

MUS_0178

MUS_0180

MUS_0181

Nota: Hakcipta gambar adalah terpelihara. Hubungi saya jika berminat untuk menggunakan gambar dia atas.

Carian Yang Berkaitan:

6 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam