The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Cadangan Tukar Nama Jalan Khidmat Kepada Jalan Harmoni Di Bukit Padang

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid telah mencadangkan nama Jalan Khidmat yang terletak di Bukit Padang dinamakan semula dengan nama baru iaitu Jalan Harmoni .

Bersesuaian dengan cadangan penukaran nama tersebut memandangkan Jalan Khidmat ini menempatkan empat (4) rumah ibadat di dalam kawasan yang sama iaitu Masjid Nurul Hikmah, Kuil Sri Pasupatinath Alayam, Tokong Buddha Tzer Ying dan Gereja Mary Immaculate. Ia melambangkan keharmonian dan kebebasan beragama yang diamalkan penduduk tempatan.

Pasupathinath Temple (Sivan Temple)

Pasupathinath Temple (Sivan Temple)

Datuk Jainab Ahmad Ayid yang membuat cadangan itu berkata jalan tersebut  boleh menjadi tarikan pelancong. Mereka boleh  melihat sendiri keharmonian masyarakat yang tidak berasa janggal mengerjakan ibadat walaupun kedudukan rumah ibadat masing-masing terletak bersebelahan antara satu sama lain.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Minggu Keharmonian Antara Agama Dunia (WIHW) 2014 di Kota Kinabalu.

 

Kredit: http://besrtmkk.wordpress.com

One Response

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam