
PELBAGAI JENIS ‘IKAN KAMPUNG’ ADA DI SINI – Semasa melalui Jalan Kimanis – Keningau, sudah pasti anda akan perasan dengan kewujudan sebuah gerai yang menjual ikan hiasan. Saya sendiri sebenarnya sudah lama mengetahuinya namun baru beberapa hari lepas berkesempatan singgah ke sana.
Gerai menjual ikan hiasan itu terletak di tepi jalan Kampung Penampang Baru, Kimanis. Di sana terdapat berbagai-bagai jenis ikan jenis ‘kampung’ yang biasa kita perolehi dengan menangkapnya sendiri di sawah seperti belut, keli, sepat, puyu, jalak, kaloi dan beberapa jenis ikan yang lain termasuk labi-labi dan kura-kura.
Pembeli ikan tersebut bukan sahaja dari pembeli tempatan (seluruh Sabah), namun pembeli dari negara Brunei dan Sarawak turut singgah ke sini untuk mendapatkan bekalan ikan hiasan. Bagi ikan hiasan yang bersaiz kecil, ia boleh diperolehi dengan harga RM5.00 seplastik. Manakala yang bersaiz besar pula berharga bermula dari RM10.00 seplastik.
Ikan-ikan hiasan ini turut dijual di Pasar Tamu Donggongon pada setiap hari Rabu dan Khamis.
Gambar Gerai Menjual Ikan Hiasan Kampung Penampang Baru, Kimanis, Papar






jauh sangat tuuu nak beli modal tak lepas….sesiapa yang ade kenalan atau kawan ade jual ikan hiasan yang murah sikit boleh email saya mior_28@yahoo.com atau ade kekawan yang hendak mencari atau membeli ikan lain boleh berhubung dengan saya melalaui email ini..
ikan-ikan kampung ni biasanya lebih tahan lasak…senang nak pelihara berbanding ikan hiasan yg kat kedai tu.
ieda dan entrinya..MOGA DAMAI DI SANA
Assalam…
Wah..kura2 pun ada jual ka?
Peminat ikan boleh la beli ni..
Tapi kalau rumah saya ada akuarium, mesti nak juga isi ikan.
iza dan entrinya..Madu Setaman.
wahh, ada jual lagi ikan macam ni ye..
titan dan entrinya..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012
Kawe minat ikan laga jer.. he he.. dulu time budak2

Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Porsche 918 Spyder – More Economical Than Toyota Prius
Pingback: Gambar Matahari Terbenam Dari Puncak Tinggi Crocker | my.Mustaffa
Bagi peminat ikan hiasan mesti sanggup mencari sampai ke sana. Tak ada ke yang sanggup ambil peluang dengan memasarkannya ke seluruh negara. Dengan teknologi yang ada sekarang, tak mustahil ikan itu boleh sampai ke seluruh negara dengan penghantaran DHL atau Pos Laju. Hehehe
Cikgu Hairul dan entrinya..Pantai Teluk Kemang Pulih
wah bestnya siap ada kura-kura tu
onlajer dan entrinya..Jam Pintar
iakn kecik2 mmg cantik kalo msuk aquarium..tp x tahan lasak berbanding ikan besar..
rasanya gerai ikan perhiasan begitu tiada disemenanjung, harganya pun berpatutuan.
Dulu2 aku suka bela ikan
Tapi bila pulang ke sarawak, tak ada siapa nak jaga
Susah dibuatnya
tehr dan entrinya..Pusingan Kedua Piala AFC 2012
ikan kura2 semua ada..saya tkut klu bela nnti pi blik kg sapa nk beri dia mkn jeeeee
suri dan entrinya..Kita Pakaikan Dia Baju
wah! itu macam meh.. hehhe
maza kat rumah bela ikan puyu jerk….
senang tak payah letak gas.. hahahaha
maza dan entrinya..Terpaksa menyembunyikan diri
ada kura²!
alyrds dan entrinya..Niat jahat dibalas dengan ‘cash’ dari-NYA
… aik, inilah pertama kali dengar pasal ikan hiasa, selalu jumpa ikan hiasanya gini di Gaya Street saja. Hmm, nampaknya kena selalu keluar dari kawasan bandar KK melihat-lihat dunia.
iAwani dan entrinya..Android 4 ICS Hanya Dalam 8.5% Peranti Sahaja
Wah macam-macam jenis ikan kecil yang dijual.
akubiomed dan entrinya..Hanis Zalikha gadis bijak dan belum tercemar
Dulu selalu ikut laluan kimanis-keningau tu.. tapi tak berapa ingat pasal gerai ni..
kulanz dan entrinya..Lelaki Kacak dan Gadis Melankolik