Kesian Ibu Mengandung Anak Kembar Tu..

Gambar Kemalangan Ibu Mengandung Kesian Ibu Mengandung Anak Kembar Tu..

Alangkah pilu rasa hati apabila saat yang dinanti menyambut kelahiran anak kembar telah bertukar tragedi. Inilah dinamakan qada dan qadar Allah SWT. Kita hanya mampu merancang dan hanya Yang Maha Esa yang menentukannya..

Hati aku sebagai seorang bapa cukup tersentuh bila mengenangkan nasib ibu dan bapa yang belum ada rezeki menimang cahaya mata namun setelah puluhan tahun berumahtangga. Mungkin juga belum ada rezeki. Namun bila terdengar juga kes buang bayi, makin pilu rasanya. Semoga usaha pihak berwajib yang membina tempat-tempat perlindungan untuk bayi kurang bernasib baik ini dapat membela nasib mereka.

Semalam terdapat kes kemalangan maut yang melibatkan seorang  ibu yang mengandung anak kembar. Kemalangan jalan raya tersebut berlaku ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak. Semoga ahli keluarga mangsa menerima ketentuan Illahi ini dengan sabar.

KUCHING: Debaran menantikan kelahiran anak kembar bertukar tragedi apabila wanita yang sarat mengandung itu maut apabila ambulans yang membawanya terbabas ketika cuba mengelak anjing dan melanggar pokok, semalam.

Kejadian jam 1.50 pagi di Batu 9, Penrissen itu mengakibatkan mangsa, Mura anak Rungor dari Kemantin, Sri Aman meninggal dunia di tempat kejadian.
Mura, 33 yang dibawa dari Hospital Sri Aman untuk di rujuk ke Hospital Umum Sarawak mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan.

Kejadian itu menyebabkan bayi kembar dalam kandungan wanita berkenaan tidak dapat diselamatkan.

Pemandu ambulans terbabit, Sapuan Ain, 37 dilaporkan kritikal akibat tulang rusuknya patah dan terkena organ dalaman.

Selain itu, jururawat yang mengiringi mangsa, Sunny anak Ngadei, 40 pula cedera di bahu dan patah kaki kanan, bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 2 pagi, anggotanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan pemandu ambulans yang tersepit di tempat duduk.

“Laluan berkenaan tidak berbahaya, malah ketika kejadian, jalan itu lenggang tetapi anjing liar yang berkeliaran di situ menyebabkan pemandu ambulans gagal mengelak lalu terbabas,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, manakala Sapuan dan Sunny, turut mendapat rawatan di hospital sama. – bharian

11 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge