Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

400993 244038205675584 180839285328810 572676 1531010883 n Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

Jika anda sedang mencari kawasan rekreasi untuk menghilangkan tekanan dan membawa keluarga bercuti, Hutan Lipur Kawang adalah tempat yang sesuai kerana suasananya tenang dan kehijauan pepohon cukup merehatkan.

Hutan lipur ini telah diwartakan pada 16 Mac 1957 bertujuan mengekalkan kawasan hutan tua bagi habitat flora dan fauna selain menjadi kawasan tadahan air graviti dan sumber hasil hutan kepada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran.

Hutan lipur ini berkeluasan 1551 hektar dan terletak di Kampung Tanaki (Jln Lama Papar ke Kota Kinabalu) lebih kurang 30km dari bandaraya Kota Kinabalu dan 23km dari Pekan Papar. Jalan masuk ke sana boleh dilalui kenderaan kecil.

Antara kemudahan yang terdapat di sana ialah pondok rehat, kemudahan BBQ, chalet, kolam mandi, tapak khemah dan beberapa kemudahan asas yang lain.

Bagi pengunjung yang mahukan lebih cabaran, aktiviti meredah hutan, melawat air terjun dan melihat Gua Kelawar boleh dilakukan. Khidmat pemandu pelancong (guide) juga disediakan bagi pengunjung yang jarang melakukan aktiviti dalam hutan.

Yuran masuk ke sana adalah sebanyak RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Semua kemudahan awam adalah percuma kecuali untuk aktiviti bermalam, sewa dapur dan chalet.

Sebanyak 10 unit tapak perkhemahan dan 3 unit chalet disediakan bagi pengunjung yang ingin bermalan dan merasai suasana hutan yang sebenar.

Tempat ini dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 2 petang hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat, dan 8 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 2 petang hingga 4.30 petang pada hari Jumaat.

Gambar Di Hutan Lipur Kawang, Papar, Sabah

420987 244038375675567 180839285328810 572678 916977929 n Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

421777 244038432342228 180839285328810 572679 1124792577 n Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

pixel Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

Carian Yang Berkaitan:

This entry was posted in Pelancongan and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Hutan Lipur Kawang Bangkit Suasana Rimba Di Pinggir Kota

  1. Thanks 4 the info bro. Bertahun kawe duduk Sabah.. tak sedar kewujudan tempat ni. Boleh check nanti :D
    Dulu Lain Sekarang Lain dan entrinya..Ijazah Dari Universiti KensingtonMy Profile

  2. kulanz says:

    Dulu selalu juga lalu lalang di papar, tapi tak pernah singgah tempat tu
    kulanz dan entrinya..Lawak yang tak sebarapa lucuMy Profile

  3. tehr says:

    Rasanya dah bertahun juga aku tak berkhemah kat hutan
    Nampak gaya kena cari geng ni
    Hehe
    tehr dan entrinya..Dalam Kenangan | Mac 2012My Profile

  4. akubiomed says:

    Isteri saya sudah lama suruh saya beli khemah. Seronok dapat ber camping dipinggir bandar.
    akubiomed dan entrinya..Batman Brazil wujud di Brazil bukan lawak April FoolMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kongsi Entri Saya