The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hotel Ovise Di Kudat, Sabah

Hotel Ovise, Kudat, Sabah

Hotel Ovise, Kudat, Sabah

Ini kali kedua saya menginap di Hotel Ovise, Kudat. Saya memang ingin berkongsi info pada penginapan yang pertama bulan lepas mengenai hotel ini, namun tiada kesempatan masa kerana sibuk dengan kerja.

Hotel ini baru beroperasi pada bulan Jun 2016 dengan kapasti 26 bilik dan terletak bersebelahan dengan Toyota Sale & Service Kudat.

Terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan di sini iaitu;

  • Deluxe room
  • Standard king/Queen room
  • Superior twin room

Beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menginap di hotel ini ialah;

  1. Bangunan/kelangkapan bilik yang baru
  2. Kelengkapan mandi disediakan.
  3. Wifi (ujian kelajuan internet)
  4. Bilik yang selesa
  5. Tandas yang luas (tekanan air kuat).
  6. Minuman kopi 3 dalam 1/teh disediakan.
  7. Sarapan pagi (6.30 pagi – 10.30 pagi).
  8. Tempat letak kenderaan yang luas.
  9. Tidak perlu masuk ke bandar.
  10. Staf yang peramah.

Terdapat sebuah restoran Chicago Cafe & Grill yang menghidangkan makan asia dan barat. Restoran ini beroperasi dari pukul 7.00AM-10:30PM (Isnin-Khamis) dan 7.00Am-11:30PM (Jumaat-Ahad/Cuti) di mana boleh menempatkan 100 pelanggan dalam satu-satu masa.

Jika anda perlukan bilik yang boleh memuatkan 50 orang, anda boleh menempah pula ‘private room’ hotel ini juga.

Gambar Hotel Ovise Kudat

Staff yang peramah

Staff yang peramah

Tandas yang luas dan moden

Tandas yang luas dan moden

Bilik King/Queen

Bilik Standard King/Queen

Superior Twin Room

Deluxe Family Room

Deluxe Family Room

Minuman

Minuman

Private room

Private room

 

Alamat:
Shop Lot 1-4, Wisma Indah, Batu 1 1/2 KM,
Jalan Temanggong Kurantud,
P.O.Box 77,
89058, Kudat, Sabah, Malaysia.

Tempahan:
Tel : 088-616168
Emel : ovisehotel@outlook.com

Peta: https://goo.gl/maps/sqZfE3U3wqy

Kredit Gambar : Web Hotel Ovise

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam