The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hotel Karakit Di Pulau Banggi, Sabah

Semasa berada di Pulau Banggi minggu lepas, saya sempat singgah sebentar di Hotel Karakit.

Oh ya, ini entri kedua perkongsian saya mengenai penginapan yang baru untuk Daerah Kudat, sebelum ini saya kongsikan entri mengenai Hotel Ovise Kudat.

Hotel Karakit baru sahaja beroperasi pada bulan Jun yang lepas dan terletak berhampiran jeti Pekan Karakit. Memang mudah bagi para pelanggan hotel untuk ke jeti memandangkan feri adalah pengangkutan awam utama menghubungkan tanah besar Kudat dan Pulau Banggi.

Menurut maklumat yang diperolehi, terdapat 16/17 bilik hotel yang disediakan merangkumi;

  • Executive Room – RM316
  • Deluxe Twin – RM158
  • Deluxe King- RM148

Hotel ini merupakan hotel yang pertama dibina di Pulau Banggi yang berkeluasan 440.7km persegi. Kerja pembinaannya bermula sejak Ogos 2013 oleh Perkasa Reality Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat SEDCO dan bakal menjadi ‘langkah permulaan’ dengan adanya rancangan lain bagi pembinaan hotel kedua di pulau ini pada masa akan datang.

Selain penginapan yang selesa, terdapat juga beberapa buah kenderaan yang boleh disewakan untuk bergerak di sekitar pulau. Harga sewa kereta dan sewa motorsikal di Pulau Banggi adalah seperti dalam gambar di bawah.

Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah

Memandangkan saya sendiri belum sempat menginap di hotel ini, cukuplah sekadar saya berkongsi sedikit maklumat awal mengenai hotel ini untuk pengetahuan anda. Nanti saya akan review hotel ini.

Selain hotel ini, ada beberapa buah homestay dan rumah rehat yang juga menyediakan penginapan di Pulau Banggi. Jika anda pentingkan keselesaan, sudah pasti bilik di hotel ini lebih sempurna kelengkapannya.

Nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tempahan adalah; Hotel Karakit – 011-1601356

Gambar-Gambar Sekitar Hotel Karakit

Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah

Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah  Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah  Hotel-Karakit-Di-Pulau-Banggi-Sabah

Gambar: Karakit Hotel FB

Carian Yang Berkaitan:

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam