The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hosting Rajawali – Pembekal Hosting Dan Domain Murah Terbaik

Nasib tidak baik terjadi pada saya kerana blog cutisabah.my milik saya diserang malware dan penggodam bulan lepas.

Saya boleh dikatakan beruntung kerana ada seorang sahabat iaitu Saudara Abdur Rozak yang memiliki syarikat penyedia domain dan hosting yang beroperasi di Sabah. Biarpun urusan semuanya di Sabah, namun server yang dimiliki Hosting Rajawali ada juga yang terletak di luar negara seperti USA dan Germany (offshore server).

Bila laman blog cutisabah.my digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, saya hilang idea kerana segala ticket saya dengan provider lama langsung tiada respon. Saya cuba menghubungi provider lama, namun tiada balasan juga.

Memandangkan saya menggunakan domain .MY, ianya agak sukar sedikit bagi saya melakukan perpindahan. Dengan bantuan secara terus Hosting Rajawali (Saudara Abdur Rozak), akhirnya blog tersebut dapat kembali ke pentas blogging semula.

Pindah Blogspot.com Kepada Domain Peribadi Dengan PERCUMA

Selain itu, perkhidmatannya secara percuma bagi blogger Blogspot yang mahu berpindah kepada domain sendiri juga ada disediakan. Tidak rugi menggunakan servis pindah domain Hosting Rajawali ini kerana ia disertakan 2 akaun emel percuma menggunakan domain peribadi tersebut.

Bantuan teknikal dan hubungan rapat antara pelanggan dan pembekal hosting memudahkan urusan seharian seorang blogger. Selain menghantar ‘ticket’ untuk bantuan teknikal, beliau juga boleh dihubungi terus melalui Facebook. Respon amat pantas.

Setakat ini, saya amat berpuas hati dan saya cadangkan rakan-rakan menggunakan Hosting Rajawali.

Sila ke Hosting Rajawali jika berminat untuk menggunakan perhidmatan mereka.

17 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam