The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Kesan Khas Baru ‘HDR Scape’ Pada Aplikasi Snapseed

#snapseed hdr

Malam ini saya baru perasan ada fungsi baru suntingan di Snapseed yang selalu saya guna untuk menyunting gambar secara suka-suka. Kesan khas ‘High Dynamic Range’ (HDR) adalah kemaskini terbaru aplikasi tersebut.

Kebetulan siang tadi saya ada mengambil gambar, saya cuba menggunakan kesan khas HDR tersebut. Suntingan yang saya buat secara automatik (default) tanpa menambah atau mengurangkan kesan pada gambar. Hasilnya, saya berpuas hati.

Rakan-rakan boleh juga melihat gambar-gambar yang saya pernah sunting dengan aplikasi Snapseed pada artikel ini, Koleksi Gambar Yang Disunting Dengan Aplikasi Snapseed

Pilihan lain semasa menggunakan kesan HDR ini adalah;

  • Nature
  • People
  • Fine
  • Strong

Gambar di bawah  saya guna ‘setting’ tersedia ‘Nature’ sahaja. Lihatlah perbezaan pada gambar di bawah.

Gambar Snapseed Sebelum Selepas

Gambar Kiri (asal) dan Gambar Kanan (HDR)

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam