The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Pertandingan Sempena Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2014

Jabatan Landskap Negara

Hari Landskap Negara yang disambut pada tahun ini bertemakan “Landskap Mampan Bandar Sejahtera”. Sambutannya diadakan pada 3 Mac setiap tahun bermula pada tahun 1998.

Acara ini merupakan agenda tahunan Jabatan Landskap Negara yang bertujuan untuk menggerakkan aktiviti landskap di kalangan masyarakat, mengembangkan industri landskap serta membangunkan landskap yang berkualiti.

Negeri Sabah merupakan tuan rumah pada sambutan Hari Landskap Negara pada tahun ini.Pelbagai pertandingan diadakan bagi memeriahkan sambutan  Hari Landskap Negara iaitu;

  1. Pertandingan Karaoke Pantai 2014 (1-2 Mac 2014)
  2. Pertandingan Gubahan Bunga (1-3 Mac 2014)
  3. Pertandingan Mural (1-3 Mac 2014)
  4. Pertandingan Mewarna Dan Melukis (1 Mac 2014)
  5. Pertandingan Fotografi (1-3 Mac 2014)

Pertandingan adalah anjuran Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus ke Jabatan Pengurusan & Perhubungan Awam, Tingkat 1, DBKK atau di Kaunter Khidmat Pelanggan, Tingkat Bawah, DBKK.

Borang boleh diperolehi daripada laman sesawang www.dbkk.sabah.gov.my

Carian Yang Berkaitan:

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam