The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Harga Buah Durian Belanda Di Tuaran, Sabah

Gambar Durian Belanda

Buah durian belanda atau popular dipanggil ‘Lampon’ bagi sebutan penduduk tempatan di Sabah merupakan sejenis buah yang memiliki sifat anti-kanser yang kuat.

Minggu lepas saya ke Pasar Tamu Tuaran dan mencari buah durian belanda untuk dibuat jus. Agak sukar mencari buah durian belanda kerana stoknya terhad. Tidak ramai yang mengkomersilkan buah ni di daerah Tuaran.

Agak penat berjalan mencari, akhirnya jumpa juga buah durian belanda. Nasib juga baik kerana tinggal beberapa biji sahaja yang belum dibeli orang lain. Saya membeli sebiji dengan harga RM8.00-RM10.00 sekilogram (bergantung kepada penjual).

Kenangan Masa Kecil Memanjat Pokok Durian Belanda

Teringat masa kecil-kecil dulu, buah durian belanda memang sering dimakan kerana ditanam di tepi rumah. Bila ada buah durian belanda yang hampir masak, kami berebut memetiknya. Buahnya agak sensitif/lembut apabila masak kerana akan pecah jika jatuh ke tanah.

Bila kerja mengubahsuai rumah dibuat, pokok durian belanda terpaksa dikorbankan.

Buah durian belanda kini semakin popular dan mendapat permintaan tinggi kerana khasiatnya yang banyak.

Menurut kajian tertutup yang dijalankan oleh pengusaha perubatan dunia, unsur-unsur kimia yang terdapat dalam kandungan buah ini adalah 10 ribu kali lebih kuat dibandingkan dengan rawatan Kemoterapi.

Sejak tahun 1970, banyak penelitian dan penyelidikan telah dilakukan mengenai khasiat Durian Belanda dan hasil daripada penyelidikan ekstrak buah ini menyatakan ia mampu menyerang sel-sel kanser dengan efektif dan mampu membunuh sel-sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza.

Kredit: Wiki Durian Belanda

Carian Yang Berkaitan:

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam