The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Hannah Di Tanjung Aru

image

Hari ini sebenarnya tiada rancangan mahu ke pantai. Memandangkan tiket “Iron-Man” sudah sold-out, pantai jugalah destinasi terakhir menjadi pilihan kami.

Cuaca amat baik hari ini. Air laut tenang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Rugi juga tak bawa pakaian mandi. Memang sesuai mandi laut keadaan begini.

Kerana tidak dapat mandi laut, saya ajak anak-anak main bola. Bola memang sentiasa ada dibawa dalam kereta.

Bila dah penat bermain, saya ajak anak-anak berehat. Kepenatan mereka bermain di bawah pancaran matahari. Air perlu diminum dengan kadar yang banyak masa begini.

Selepas itu, mereka sambung bermain. Saya pula ‘bermain’ dengan kamera saya.

Gambar versi berwarna ada saya kongsikan di Flickr. Gambar dalam entri ini cuma gambar dari Instagram saya.

Hannah menjadi sasaran saya hari ini. Sempat juga bergambar dengan Hannah dengan bantuan isteri.

image

image

image

image

image

image

Posted from Samsung S3

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam