33ca65af0cb290279c82e4fdf911306cacca2caf

Gurauan Hari Selasa. Entri Ini Bukan Kisah Sebenar.

Salam 1Malaysia. Awal-awal nak bagitahu, entri kali ni memang tiada gambar.

Tahun Baru Cina baru sahaja berlalu. Namun kehangatan masih terasa sehingga sekarang. Masih ada yang main tarian singa. Budaya memberi angpau tidak dapat lari dari perayaan ini. Aku dulu-dulu memang menunggu diberikan angpau kalau mengikuti bapa ke rumah kawan-kawan Cinanya. Memang best jadi kanak-kanak. Memang lumayan pendapatan semasa musim Tahun Baru Cina ni.

Dah menjadi kebiasaan bagi kita, sanggup berhabisan duit menyambut perayaan besar. Perayaan yang dimaksudkan adalah seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan banyak lagi. Penggunaan kad kredit kadang-kala membantu di saat-saat akhir persiapan menjelang perayaan ini. Namun, tersilap langkah kad kredit yang dianggap membantu akan membantutkan penggunanya.

Tapi, bila dapat bonus RM500 .. perasaan gundah kesuntukan perbelanjaan menjelang perayaan dapat dikurangkan. Namun perbelanjaan ini mesti difikirkan sebelum, semasa dan selepas perayaan. Bagi yang beraya sakan tapi lepas tu menggigit jari. Ke hulu ke hilir mencari peluang untuk mencari duit. Ada yang sanggup menggadai barangan di rumah setelah beraya sakan tak ingat dunia. Sebagai blogger, nak bayar bil broadband pun dah tak dapat nak bayar. Blog pun bersarang tak berupdate. Telefon bimbit turut sama kekeringan kredit. Asyik minta orang lain mereload!!

Sebagai mak bapak, aku dah rasa pahit manisnya menjelang raya. Ketawa dan duka tu memang sentiasa ada. Anak-anak macam kita dulu-dulu, tahu suka sahaja.

p/s: Entri ini campuran kisah benar dan bukan kisah sebenar. Ada yang rekaan semata-mata!! kalau dah terklik tu, anggap ia Gurauan Hari Selasa!

9 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge