The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang 2014

Pesta Gasing Gata Sipitang

Festival yang berkonsepkan pesta budaya dan rakyat itu akan mengetengahkan lebih 15 acara termasuk pertandingan Gasing Sipitang 2014, Tamu Besar Sipitang, Karnival Makanan Tradisi, pameran budaya suku kaum, pertandingan tarik tali, pertandingan memancing, pertandingan 4×4, bintang GATA 2014 dan malam sambutan kemerdekaan.

Pihak penganjur turut menampilkan enam ekor kuda berhias dari Kota Belud dan persembahan gasing yang melibatkan peserta jemputan dari Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Felda serta negara jiran iaitu Singapura.

Acara yang paling mendapat sambutan ialah pertandingan Tarik Tali SeBorneo dan menawarkan hadiah RM5,000. Antara peserta yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Daerah Penampang, Kudat, Papar, Beaufort, Keningau dan Sipitang.

Persembahan Permainan Kikik/Layang-layang, Karnival Makanan Tradisi, Pertandingan 4×4 Amantur dan pertandingan Autoshow. Festival yang berteraskan budaya dan rakyat itu juga akan melibatkan 10 gerai menerusi Pameran Budaya Suku yang terdapat di daerah ini.

Program lain termasuklah Bintang Gata 2014, Malam Sambutan Kemerdekaan, Malam Gala Gata, Konsert Muzik Sadaman Sipitang yang akan mengetengahkan artis undangan Ramli Sarip, Hazama AF dan Aizat serta beberapa artis tempatan.

Sementara itu, Jabatan Penerangan Sabah dalam kenyataan berkata buku ‘Coffee Table Sate dan Sipitang” yang mempromosikan makanan tradisi daerah itu terbitan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Majlis Daerah Sipitang turut akan dilancarkan sempena festival itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyempurnakan majlis pelancaran festival pada 30 Ogos ini.

Lokasi Acara
GATA Square (Padang Pekan Sipitang)

Penganjur Acara
Pejabat Daerah Sipitang dan Kerajaan Negeri Sabah

No. Telefon
087-821963/821965

4 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam