The Borneo Store Produk Tempatan Sabah & Sarawak. Beli Sini Segera.

Melihat Senja Berlabuh Di Tuaran

Gambar Waktu Senja Di Tuaran

Lewat petang semalam saya ke Pekan Tuaran bersama isteri. Suasana senja sungguh damai sekali.

Selepas selesai membeli barang di G-Mart Pekan Tuaran, saya dan isteri ‘mengejar’ masa untuk merakam suasana senja tersebut. Masa agak terhad kerana cahaya matahari hampir hilang dari pandangan.

Kami kami ke ‘port’ yang terbaik di sebelah Petronas Tuaran. Suasana sawah padi dan pokok kelapa mengingatkan saya dengan kampung halaman. Sempat juga mengambil beberapa gambar lanskap secara ‘silhouette’ menerusi telefon bimbit saya.

Memang rugi juga tak bawa kamera DSLR. Saya pun tak jangkakan suasana senja yang begitu indah pada petang semalam.

Dengan menggunakan kamera dari telefon, saya cuma mengubah tetapan ‘white balance’ dari ‘auto’ kepada ‘daylight’. Memang nampak jelas kesannya pada gambar.

Untungnya, saya dapat memuat naik secara terus melalui telefon menggunakan aplikasi Flickr untuk android (lihat di sini). Sudah dapat 1Terabytes ruangan simpanan percuma, memang untunglah. Anda boleh muat turun aplikasi Flickr di sini.

Gambar dengan Auto White Balance

Gambar Waktu Senja Di Tuaran

Gambar Dengan Daylight White Balance

Gambar Waktu Senja Di Tuaran

Untuk gambar-gambar lain, anda boleh ke halaman Flickr Saya.

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam